Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rakyat Tertipu Masih Ada...

SEMALAM tanggal 1 September bermula pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) selepas cukai...

Final Piala AFF: Kaunter...

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menyediakan satu kaunter khas...

Perlis Ikrar Perangi Rasuah...

KANGAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man bersama para anggota exco kerajaan...

9 Termasuk Remaja Perempuan...

BATU PAHAT: Sembilan individu termasuk seorang remaja perempuan 17 tahun didakwa di Mahkamah...

Pegawai KPDNKK & Peniaga Gas Ditahan SPRM

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor menahan tiga pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor pada hari ini kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengusaha dan pengedar gas memasak tanpa lesen.

Menurut sumber , kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun, ditahan di pejabat mereka antara pukul 8 sehingga 10 pagi tadi.

Sementara itu, pengusaha tanpa lesen terbabit ditahan di rumahnya di Kulai, Johor kira-kira pukul 8.20 pagi.

Siasatan awal pasukan penyiasat mengesyaki wang rasuah yang diberikan oleh pengusaha gas tanpa lesen itu telah dimasukkan ke dalam akaun syarikat milik saudara salah seorang pegawai KPDNKK sebelum diagihkan ke pihak yang berkenaan.

Wang rasuah berkenaan dibayar kepada Pegawai KPDNKK sebagai “Wang Perlindungan” supaya tindakan tidak diambil ke atas pengusaha haram terbabit yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Bekalan 1961.


Kes ini disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata suspek dijangka direman esok di Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk membantu siasatan. – BERNAMA

Kategori