Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemandu Langgar Peserta Thaipusam...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu yang disyaki melanggar sekumpulan peserta perarakan Thaipusam hingga...

PM Bentang Belanjawan 2023...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membentangkan Belanjawan 2023...

Nama Rasmi Koronavirus Beberapa...

LONDON - Jawatankuasa Antarabangsa mengenai Taksonomi Virus (ICTV) diberi tanggungjawab untuk memutuskan nama...

Lelaki Ada Dua Kes...

LAHAD DATU - Walaupun pernah dua kali ditangkap berhubung kes dadah, seorang lelaki...

Pegawai Polis Antara Yang Cedera Dalam Pergelutan

SEREMBAN – Seorang pegawai polis bersama dua abangnya cedera dalam pergelutan dengan pekerja kedai karpet selepas berlakunya salah faham dalam proses jual beli di Nilai 3, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.39 petang itu, dua lelaki warganegara Pakistan turut mengalami kecederaan.

“Pada 3.30 petang, pengadu (pegawai polis) bersama keluarga telah (pergi) ke salah sebuah kedai karpet di Nilai 3 untuk membeli barang. Berlaku perselisihan faham antara salah seorang abang pengadu dengan pekerja di kedai tersebut yang berpunca hal tawar menawar harga karpet.

Seterusnya abang pengadu telah mengajak pengadu dan ahli keluarga pengadu yang lain untuk cari kedai lain tetapi semasa hendak beredar, kereta pengadu telah ditahan kira-kira 10 lelaki dipercayai warganegara  Pakistan yang mana salah seorang daripada mereka ada memegang sebatang kayu dan mahu pengadu keluar dari kereta,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya berikutan itu pengadu telah turun dari kereta dan kumpulan lelaki berkenaan telah mengepung pengadu dan telah terjadi pergelutan.


“Akibat kejadian, pengadu dan dua abangnya mengalami kecederaan lebam dan calar di bahagian badan, siku, leher dan belakang kepala. Manakala dua lelaki warganegara Pakistan tersebut turut cedera iaitu seorang mengalami lebam, calar di bahagian mata kanan serta rusuk kiri dan seorang lagi mengalami luka di bibir dan tangan kiri serta lebam di bahagian mata kanan,” katanya.

Sehingga kini, polis telah menahan lapan lelaki warganegara Pakistan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.  -BERNAMA

Kategori