Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penyanyi Hentikan Konsert Demi...

SEORANG penyanyi Pakistan bernama Atif Aslam mendapat pujian serata dunia selepas aksinya menghentikan...

Ibu Elfira Terus Sindir...

MAKIN panas, bukan panas cuaca tapi panas dengan kontroversi apabila ibu Elfira Loy...

Kajian Sweden Dapati Ketinggian...

SEBUAH kajian terbaharu daripada saintis Sweden mendapati penyakit kanser dan ketinggian seseorang mempunyai...

Saintis Australia Berjaya Tiru...

SYDNEY - Saintis di Australia dilaporkan berjaya meniru koronavirus dan menganggap ia sebagai...

Pelaburan Dari Jepun Bukti Ekonomi Malaysia Kukuh

PELABUHAN KLANG -Kerancakan kemasukan pelaburan dari Jepun membuktikan ekonomi Malaysia masih kukuh dan diyakini sebagai destinasi pilihan pelaburan jangka panjang walaupun iklim kewangan dunia dilihat tidak menentu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud berkata pada tahun lepas, Jepun merupakan pelabur keempat terbesar negara meliputi pelbagai bidang antaranya sektor pembuatan yang melibatkan 53 projek dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.9 bilion.

Beliau berkata pelaburan berkenaan dijangka mewujudkan kira-kira 4,390 peluang pekerjaan kepada rakyat pada masa akan datang bagi sektor tersebut.

Selain itu katanya, pelaburan jangka panjang oleh pelbagai syarikat Jepun yang memfokuskan kepada projek-projek berkualiti dengan membawa masuk teknologi moden dilihat dapat menambah nilai kepada perkembangan sektor industri tempatan.

Beliau berkata antara syarikat Jepun yang menjadi pelabur utama negara adalah UMW Toyota, Rohm-Wako Electronic, Sagami Manufacturing, Rikevita, Nippon Electric Glass, Cosmo Scientex dan Polyplastics Asia Pacific.

“Jepun sentiasa memandang kita sebagai destinasi penting untuk melabur, disebabkan itu tiap-tiap tahun kita mengadakan misi pelaburan ke negara itu dan berjumpa dengan syarikat-syarikat yang menunjukkan minat bagi memberi penerangan tentang iklim pelaburan di negara ini.

“Pada tahun ini, MIDA merancang untuk menghantar lima misi perbincangan khas ke Jepun melipuiti sektor jentera, klinikal, elektronik, sains kehidupan dan hab operasi utama bagi menarik lebih banyak pelaburan dari negara berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Azman merasmikan MI Services Malaysia Sdn Bhd, (MIS), sebuah hab operasi global kepada syarikat pengeluar alat muzik elektronik terkemuka dunia, Roland Corporation.


MIS, yang terletak di Bandar Sultan Sulaiman, di sini, difahamkan melibatkan pelaburan berjumlah US$60 bilion oleh Roland Corporation.

Ia dibangunkan sebagai ibu pejabat kedua syarikat pengeluar alat muzik elektronik terkemuka itu di luar Jepun dan akan mula beroperasi sepenuhnya pada Januari depan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Roland Group, Jun-ichi Miki berkata kelebihan rakyat Malaysia yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik menarik minat syarikat berkenaan untuk mengembangkan pelaburannya di sini.

“Kami berdepan cabaran dalam komunikasi di negara Asia lain tetapi rakyat Malaysia boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan ini amat membantu syarikat yang semakin berkembang. Selain itu, sokongan kerajaan dan pembangunan infrastruktur di sini baik…Malaysia merupakan merupakan tempat yang baik untuk pelaburan di masa depan,” katanya.

Pembangunan MIS adalah pengembangan perniagaan Roland Corporation susulan pembukaan Roland Manufacturing Malaysia di tempat sama yang beroperasi sejak Julai 2015 . – BERNAMA

Kategori