Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tema Hitam-Gold, Niena Gementar...

BAGAIKAN musim naik pelamin, seorang demi seorang selebriti tempatan telah ataupun bakal menamatkan...

Arak Sebenarnya Dilarang...

Arak bukan sahaja diharamkan oleh agama Islam, bahkan juga dilarang menurut agama Hindu, Buddha dan Kristian.

Heboh Pengacara TV ‘Belanja’...

WARGA Romania kecoh apabila seorang pengacara sebuah stesen televisyen di negara Eropah itu...

Palestin Alu-alukan Resolusi PBB...

RAMALLAH: Palestin mengalu-alukan penerimaan empat resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memihak kepada...

Pelajar IPT Ditahan Buang Mayat Bayi Dalam Longkang

KUANTAN – Polis menahan seorang pelajar wanita sebuah institusi pengajian tinggi di sini berhubung kes penemuan mayat bayi lelaki di dalam longkang berhampiran Klinik Desa Bukit Sagu, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian pukul 4 petang itu, suspek ke Pondok Polis Bukit Goh dengan membawa mayat bayi berkenaan yang diletakkan di dalam plastik berwarna biru dan dibalut dengan surat khabar serta masih bertali pusat.

“Wanita itu pada awalnya mendakwa menemukan mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan itu di dalam longkang dan telah membawanya ke pondok polis atas nasihat orang ramai.

“Bagaimanapun setelah diasak dengan beberapa soalan beberapa kali, wanita berkenaan akhirnya mengaku bayi itu miliknya dan dilahirkan beberapa jam sebelum itu di rumah teman lelakinya di sebuah kuarters kerajaan berhampiran kawasan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berikutan itu, polis turut menahan teman lelaki wanita berkenaan berusia 27 tahun yang merupakan kakitangan sebuah jabatan kerajaan negeri.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat.


Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Abdul Aziz berkata siasatan awal polis turut mendapati punca kematian bayi berkenaan adalah akibat kelahiran pramatang. – BERNAMA

Kategori