Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Usahawan Tempatan Perlu Kuasai...

IPOH - Usahawan tempatan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu terus menguasai...

80 Batang Gigi Dikeluarkan...

Mumbai – Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menjalani pembedahan selama empat...

Surirumah, Menantu & Rakan...

SHAH ALAM – Seorang surirumah berusia 55 tahun, menantunya dan rakan lelaki itu...

Suami Pilu Hilang Isteri,...

MARAN – Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, jadi hambar bagi seorang...

Pelam Cok Anan Dapat Sambutan Di Kedah

ALOR SETAR – Mempelam Cok Anan mendapat sambutan pada program Sedapnya Makan Cok Anan di Ladang Mempelam Tobiar, Pendang dari 3 hingga 13 Julai ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Othman Aziz berkata sehingga semalam, sebanyak 3.9 tan buah dikeluarkan dengan nilai jualan mencecah RM20,000. Ia dijual RM6 sekilo.

Beliau berkata MADA menyasar 5.5 tan buah mempelam itu akan dijual dengan nilai pulangan RM25,000 sehingga berakhir program tersebut.

“Chok Anan (MA 224) mempunyai potensi untuk pasaran yang lebih luas dan melalui program tersebut, masyarakat akan lebih mengenali produk terpenting kedua MADA ini.

“Lebih utama produk hilirannya mampu membantu peladang MADA meningkatkan pendapatan mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mengenai pencapaian MADA kepada petani, Othman berkata pendapatan petani telah dapat ditingkatkan dengan pendapatan sekitar RM91 sebulan pada tahun 1966 kepada RM333 sebulan tahun lalu dan pengurangan tahap kemiskinan kepada 33 peratus. – BERNAMA

Kategori