Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bomba Ambil Masa Lebih...

BUKIT MERTAJAM - Bomba mengambil masa lebih empat jam untuk memadam kebakaran yang...

Pekerja Syarikat Didakwa Sebabkan...

MELAKA – Seorang pekerja syarikat barangan lusuh dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini...

Proton Pertaruh Tiga Model...

SHAH ALAM - Proton Holdings Bhd, yang menyambut ulang tahun ke 30 hari...

14 Individu Terlibat Judi...

JOHOR BAHRU - Polis menahan 14 individu termasuk dua wanita kerana dipercayai terlibat...

Pemain Arsenal Keracunan Makanan Di China

BEBERAPA pemain dari kelab ternama liga Inggeris, Arsenal dilanda keracunan makanan semasa siri jelajah pramusim di sekitar China.

Per Mertesacker dan Olivier Giroud tidak diturunkan ketika pasukan itu menang 3-2 menerusi penentuan penalti ke atas Bayern Munich selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Sead Kolasinac pula terpaksa dikeluarkan lebih awal selepas dilaporkan muntah di atas padang.

Theo Walcott dan Aaron Ramsey juga tidak sihat tetapi masih boleh diturunkan dari bangku simpanan.

Salah seorang kakitangan Arsenal di bahagian sokongan turut mengalami keracunan makanan.

Laurent Koscielny direhatkan kerana masalah belakang manakala pembantu pengurus Steve Bould diterbangkan ke England bagi menjalani pembedahan di Australia.


“Ada virus melanda kem pasukan. Doktor percaya pemain mengalami keracunan makanan. Mertesacker dan Giroud tidak sihat, begitu juga Kolasinac.

“Theo Walcott dan Aaron turut mengalami masalah itu tetapi tidak teruk. Saya tidak tahu apa yang mereka makan,” kata Wenger.

Arsenal akan berlepas ke Beijing di mana mereka akan bertemu Chelsea pada Sabtu dalam aksi pra musim keempat dan terakhir mereka. – mStar Online

Kategori