Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengundi Di KL Dinasihat...

KUALA LUMPUR - Pengundi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu merancang waktu keluar...

Tahan Sakit Lebih Dua...

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terpaksa menahan kesakitan lebih...

Kerana Iklan ‘Raya Chin’,...

RAUT wajahnya boleh dikatakan 100% Chiness look, tetapi keayuan wajahnya beberapa kali dilihat...

Lim Guan Eng Ditangkap...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan 'ditahan' Suruhanjaya...

Pemain Selangor Dapat Pujian Tinggi Daripada Maniam

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Selangor P. Maniam memberi pujian tinggi kepada skuad bimbingannnya atas kejayaan mereka mengalahkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-2, dalam perlawanan penuh dramatik Kumpulan D kejohanan Piala Malaysia di Stadium Selayang, semalam.

Katanya pujian khusus patut diberi kepada pemain simpanan yang mempamerkan keazaman kental untuk membantu pasukan itu meraih kemenangan terhadap pasukan lawan yang sebahagian besarnya dianggotai pemain skuad senior.

“Saya patut beri pujian kepada pemain simpanan, terutama Mohd Fairuz Abdul Aziz, yang menjaringkan gol pembukaan dan walaupun mereka bukan pemain regular, mereka telah memberi persembahan terbaik. Tidak lupa juga kepada para penyokong yang memainkan peranan besar dalam membantu kami mencapai kemenangan bersejarah ini,” kata Maniam kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Ketua jurulatih JDT Ulisses Morais pula berkata kekalahan itu patut menjadi pengajaran bagi pemainnya agar tidak mengulangi kesilapan serupa pada perlawanan akan datang.

Beliau bagaimanapun memuji pemain JDT yang mempamerkan sikap ‘tidak akan sekali-kali mengalah’ dengan menjaringkan dua gol pada pertengahan separuh masa kedua, walaupun ia tidak dapat menyekat Selangor daripada mendapat mata penuh.


Pada perlawanan itu, Selangor memperoleh kedudukan selesa apabila mendahului 2-0 melalui jaringan Mohd Fairuz Abdul Aziz pada minit ke-33 dan Mohd Amri Yahya dua  minit kemudian, sebelum JDT bangkit semula dan memperoleh dua gol pantas melalui jaringan Ahmad Hazwan Bakri dan pemain gantian Darren Lok masing-masing pada minit ke-56 dan 70.

Mohd Amri muncul sebagai wira utama Selangor apabila berjaya mendapatkan gol melalui tendangan penalti pada minit-minit akhir perlawanan, yang membawa kemenangan kepada pasukan tuan rumah itu. – BERNAMA

Kategori