Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PFA Terkilan FMLLP Potong...

KANGAR - Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Rozabil Abdul Rahman terkilan...

Jerebu: 313 Sekolah Di...

ALOR GAJAH - Sebanyak 313 sekolah di negeri ini ditutup hari ini kerana...

Wanita Berperanan Ejen Antirasuah...

PUTRAJAYA - Gerakan Wanita Antirasuah (G-WAR) dilancarkan hari ini dengan menjadikan golongan wanita...

Hanya Gerakan Memahami Pulau...

KUALA LUMPUR – “Tiada siapa yang memahami Pulau Pinang dengan lebih baik berbanding...

Pemasangan 16 Kamera Robotik Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 kamera robotik dipasang, masing-masing sembilan di Dewan Rakyat dan tujuh di Dewan Negara, bagi meningkatkan sistem penyiaran persidangan menggunakan format resolusi tinggi (HD).

Ketua Pentadbir Parlimen, Datuk Awang Alik Jeman berkata sistem tersebut menggunakan kabel gentian optik untuk menampung isyarat video berformat HD bagi menghasilkan gambar yang jelas.

“Penggunaan kamera robotik telah banyak digunakan pelbagai agensi dalam dan luar negara seperti di Parlimen Australia, Masjidil Haram, Makkah, istana …ia juga selaras dengan perubahan teknologi dari sistem analog kepada digital,” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan projek itu di Parlimen, hari ini.

Projek kamera robotik tersebut adalah projek khas yang melibatkan kerjasama antara Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Parlimen, yang mana kamera yang digunakan bagi tujuan rakaman dan siaran langsung akan dikawal dari studio menggunakan teknologi robotik.


Awang Alik berkata RTM akan menguruskan operasi sistem penyiaran itu yang akan mula digunakan pada Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 24 Julai ini serta majlis-majlis rasmi Parlimen manakala bagi tujuan penyelenggaraan peralatan pula akan diuruskan pihak Parlimen.

Beliau berkata penggunaan sistem penyiaran itu juga dapat meningkatkan imej Parlimen sebagai institusi perundangan yang tertinggi dalam negara yang turut menerima kunjungan hormat pembesar serta anggota Parlimen luar negara. – BERNAMA

Kategori