Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Warga Indonesia Hilang Keluar...

KUCHING ā€“ Seorang warga Indonesia dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ketam di laut...

PM Umum Lantik Senator...

TUARAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan untuk melantik seorang...

Pemilik Kedai Runcit Ditahan...

KOTA BHARU - Seorang pemilik kedai runcit ditahan selepas bertindak menetak kepala seorang...

Jerebu: Malaysia Hantar Surat...

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah melaksanakan tindakan susulan dengan Indonesia berhubung masalah jerebu rentas...

Pembangkang Wujud Sentimen Kebencian Rakyat

LUMUT – Sentimen kebencian terutama terhadap kerajaan dalam masyarakat ketika ini terjadi disebabkan sikap pembangkang yang sering membuat tohmahan tidak berasas kepada kerajaan, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Bagaimanapun, Zambry berkata beliau hanya membiarkan pembangkang membuat tohmahan atau mengeluarkan kenyataan yang tidak betul sehingga mereka berpuas hati.

“Sebagai contoh, hari-hari Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming menerusi akaun Twitternya balun kerajaan, dia tidak akan ceritakan kebaikan kerana hari-hari dia membenci menyebabkan orang yang ikut dia tertanam kebencian,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan watikah tauliah pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Majlis Perbandaran Manjung Parlimen Lumut 2017-2019 di sini, hari ini.

Pada majlis itu seramai 120 orang JPP dilantik melibatkan 12 zon bagi Parlimen Lumut.

Zambry berkata beliau tidak mengeluarkan kenyataan balas terhadap tohmahan pembangkang kerana tidak mahu terikut-ikut atau terjebak dengan sentimen negatif yang dimainkan mereka.


Sementara itu, Zambry turut mengingatkan setiap JPP supaya menjalankan tugas dengan sebaiknya dan tidak mengamalkan sikap berpuak dalam melaksanakan tugas.

Beliau berkata sebagai satu daripada usaha mendekati rakyat, kerajaan negeri telah mewujudkan mekanisme baharu melalui JPP bagi memastikan matlamat berhubung dengan rakyat berjaya dicapai. – BERNAMA

Kategori