Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lagi Nepotisme DAP? Anak...

ALAHAI... Pakatan Harapan (PH) berjaya menjadikan Malaysia Baharu sebagai platform terbaik demi kepentingan...

Maritim Selamatkan Lima Pemancing...

KUALA SELANGOR: Lima pemancing tempatan menempuh detik getir apabila terkandas di Pulau Batu...

Cristiano Ronaldo Derma RM6.26...

LONDON - Cristiano Ronaldo memang sering mengundang rasa kagum, bukan hanya kerana kehebatannya...

Syamsul Debat Yang Lucu...

"Pekerja ni ada 4 jenis perwatakan. Paling menarik yang berperwatakan usahawan. Sentiasa sibuk...

Pembantu Warden Madrasah Masih Digantung Tugas

KOTA TINGGI – Pembantu warden Madrasah Tahfiz Al Jauhar, tempat Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi belajar, masih digantung tugas dan statusnya hanya akan ditentukan selepas selesai siasatan polis.

Pengetua madrasah itu Mohammad Afdhaluddin Ismail berkata pembantu warden berkenaan telah digantung tugas sejak 21 April hingga kini.

Beliau berkata pihaknya tidak tahu mengenai rekod jenayah lampau pembantu warden itu, yang pada mulanya diambil sebagai penyelia kebersihan di madrasah berkenaan.

“Bagaimanapun sepanjang sembilan bulan dia bekerja, kita dapati tiada kesalahan yang dilakukan. Malah, kita juga lantik dia sebagai pembantu warden untuk membantu warden pada waktu malam,” kata beliau kepada pemberita di madrasah itu, di sini hari ini.

Buat masa ini katanya, tiada keperluan mendesak untuk mengganti tempat pembantu warden.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan kematian pelajar tahfiz berusia 11 tahun itu pada 26 April lepas berpunca daripada penyakit kencing tikus atau leptospirosis dan bukannya kerana trauma atau kecederaan dialami.

Sebelum ini, kematian pelajar berkenaan yang dipotong kedua kakinya itu dikaitkan dengan kecederaan akibat dipukul dengan getah paip oleh seorang pembantu warden madrasah.


Sementara itu, Mohammad Afdhaluddin berkata sekumpulan petugas Kementerian Kesihatan telah membuat pemeriksaan fizikal dan emosi pelajar tahfiz dan semua kakitangan serta pemeriksaan persekitaran madrasah tersebut.

“Ada pelajar yang diarahkan membuat pemeriksaan kesihatan dan namun tiada sebarang masalah kesihatan dikesan,” kata beliau serta menambah pihaknya juga telah menambah baik prosedur pengambilan pelajar dengan mewajibkan pelajar baru membuat pemeriksaan kesihatan sebelum mendaftar.

Selain itu, sebanyak 16 kamera litar tertutup (CCTV) ditambah menjadikan keseluruhan CCTV di madrasah itu 40 kesemuanya, bagi menjadikan pemantauan terhadap pelajar dan kakitangan boleh diperbaiki.

Madrasah itu dibuka pada 6 Jun 2011, kini mempunyai 105 pelajar dan 13 kakitangan. – BERNAMA

Kategori