Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir Kena ‘Snub’ Lagi...

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang berada di New York, Amerika Syarikat...

PRN Sarawak: PKR Tiada...

PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menolak sebarang perbincangan dengan PAS...

Hebat! Anak Muda Hasilkan...

LUAR BIASA! Sekumpulan anak muda tempatan ini mungkin boleh mengubah landskap industri automotif...

18 Jemaah Cedera Insiden...

SEKURANG-KURANGNYA 18 orang cedera dalam insiden rempuhan berhampiran Masjidil Haram, di Makkah. Akhbar al-Riyad...

Pemilik Kedai Kek Dihadapkan Ke Mahkamah

SEPANG – Seorang pemilik kedai kek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mengambil 19 pekerja asing tanpa izin untuk bekerja di kedainya.

Hamdam Ismail, 45, mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Saiful Akmal Mohd Said.

Tertuduh didakwa mengambil 18 warga Indonesia dan seorang warga Bangladesh yang tidak memiliki pas yang sah untuk bekerja di Kedai Kek Harissa yang dimiliki oleh Nur Cake House Sdn. Bhd. di Taman Pinggiran USJ 1/11, Subang Jaya, Selangor ketika serbuan pada 4.40 petang pada 23 Mei lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum menurut Seksyen 55B(3) akta yang sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan tetapi tidak lebih lima tahun dan boleh dihukum sebat tidak lebih daripada enam sebatan.

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Sebelum itu, pegawai pendakwa dari Jabatan Imigresen, Norzam Suhada Abdull Wahab mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM95,000.

Namun, peguam Zaflee Pakwanteh merayu agar dikurangkan berikutan tertuduh tiada sumber pendapatan setelah kedai keknya tidak beroperasi sejak serbuan pada 23 Mei lalu.


Zaflee juga memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya perlu menanggung dua anaknya yang masih di sekolah menengah dan tiga lagi di sekolah rendah manakala isterinya sarat mengandung dan akan bersalin pada bila-bila masa.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM43,000 serta dua penjamin selain menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Selain itu, tertuduh perlu melapor diri di pejabat Bahagian Penguat Kuasa Shah Alam, Jabatan Imigresen, Selangor setiap awal bulan.

Kes akan disebut semula dan serahan dokumen pada 8 Ogos ini. – BERNAMA

Kategori