Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

Malaysia Iktiraf Sijil Vaksinasi...

Hanoi : Malaysia bersetuju mengiktiraf sijil vaksinasi Vietnam selepas mengambil kira bahawa negara...

UMNO Tidak Pernah Ketepikan...

KUALA PILAH - Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyangkal dakwaan...

Hafizh Syahrin Gagal Teruskan...

MASALAH kesihatan telah menjejaskan rentak cemerlang Hafizh Syahrin Abdullah apabila terpaksa menarik diri...

DAP Dakwa Presiden PAS...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP. Lim Guan Eng mengingatkan semua pihak bahawa...

Pemimpin Perlu Sentiasa Dampingi Rakyat

SANDAKAN – Pemimpin perlulah sentiasa mendampingi rakyat supaya apa juga permasalahan mahupun rintihan rakyat akan dapat didengar untuk kebaikan bersama.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata apabila pemimpin dapat menunaikan tanggungjawab dengan sentiasa turun padang untuk berjumpa rakyat, ini sudah tentu menambahkan lagi kepercayaan rakyat terhadap parti UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Usaha murni ini selari dengan amanah yang diberikan kerana sebagai pemimpin hendaklah sentiasa mendekati rakyat dan bukannya muncul apabila tiba pilihan raya.

Bukan cara kita bila tiba pilihan raya baru muncul, kita sentiasa berusaha dan mendekati rakyat secara berterusan agar apa juga keperluan dapat kita ketahui.

Kita juga bukan pemimpin bermusim, tetapi kita adalah pemimpin sepanjang musim yang sentiasa bekerja untuk rakyat sebelum, semasa dan selepas plihan raya,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rancangan Sungai Manila, Batu 12, dekat sini, hari ini.

Mengambil contoh penganjuran majlis itu, Musa berkata melalui program yang diadakan ini, beliau  dapat berjumpa rakyat walaupun sibuk tetapi tetap mengutamakan rakyat di akar umbi.


“Melalui program ini, saya dapat berjumpa dan beramah mesra dengan rakyat, sekali pun saya banyak program namun tetap datang ke Sandakan khususnya Libaran semata-mata untuk berjumpa rakyat di akar umbi,” kataya.

Justeru, Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah mahu aktiviti turun padang diperhebatkan oleh pemimpin UMNO dan BN kerana ia satu pendekatan yang dapat membantu parti menjadi terus kuat.

Katanya program yang baik ini membantu mengukuhkan silaturahim antara pemimpin dan rakyat di akar umbi.

Pada majlis itu, Musa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga menyampaikan sumbangan sebanyak 23 kerusi roda untuk golongan memerlukan di kawasan itu. – BERNAMA

Kategori