Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PAS Dedah Cara Mahathir...

KUALA LUMPUR - PAS mendedahkan kelicikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Apa Salahnya Kerajaan BN...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Najib Razak membidas kenyataan Menteri Kewangan, Lim...

Mangsa Banjir Diselamatkan Dengan...

Kuala Berang : Helikopter terpaksa digunakan bagi memindahkan 18 mangsa banjir termasuk bayi...

Pengguna Media Sosial Perlu...

LARUT - Pengguna media sosial perlu beretika dan berhenti menyebarkan fitnah dan tohmahan...

Pemuda UMNO Perlu Lebih Berani Di Barisan Hadapan

KOTA BELUD – Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara perlu lebih berani berada di barisan hadapan bagi mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Beliau berkata Pemuda UMNO tidak boleh berkompromi dalam hal itu sebaliknya perlu lantang bersuara jika ada pihak yang cuba mencabar dan mengusik hak orang Melayu dan Bumiputera.

“Saya harap Pemuda UMNO mesti kekal sebagai benteng kekuatan parti dan berani mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera kerana itulah perjuangan parti,” katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Kota Belud di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud Datuk Musbah Jamli yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Ketua Pemuda UMNO Kota Belud Arsad Bastari, Ketua Wanita UMNO Kota Belud Eyung Latun dan Ketua Puteri UMNO Kota Belud Masnatu Satung.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata Wanita UMNO perlu lebih proaktif menggerakkan Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) ke kawasan kampung bagi memberi penjelasan kepada anggota akar umbi mengenai tohmahan pembangkang terhadap UMNO dan kerajaan supaya mereka tidak terpengaruh dengan fitnah tersebut.


“Pergerakan Puteri UMNO juga perlu bekerja lebih keras bagi menarik lebih ramai pengundi muda dalam kalangan belia wanita untuk bersama-sama menyertai perjuangan parti,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ketiga-tiga sayap parti itu untuk sentiasa bersedia dan memperkukuh kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa selain mahu parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk bersama-sama bekerja kuat memastikan kemenangan berpihak kepada parti.- BERNAMA

Kategori