Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cacar Monyet: China Bangunkan...

BEIJING : Beberapa syarikat China bersedia membangunkan peralatan kit ujian dan vaksin untuk...

Mahathir Digesa Tinggalkan PH...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digesa keluar Pakatan Harapan...

2 Aktivis Dibenar Rujuk...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan dua aktivis...

Covid-19 Makin Serius, Jauh...

"PANDEMIK ini dilihat semakin serius dan masih jauh daripada berakhir," itu tegas Ketua...

Penagih Miliki Pistol Buatan Sendiri Ditahan

KOTA TINGGI – Polis menahan seorang lelaki bersama sepucuk pistol dan peluru berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Tun Sri Lanang di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Ahsmon Bajah berkata lelaki berumur 22 tahun itu ditahan kira-kira 1.15 pagi oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi.

“Sepucuk pistol buatan sendiri bersama tujuh peluru ditemui disimpan dalam bungkusan kain. Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu terlibat dalam satu kes samun dan dua kes ugutan jenayah di sekitar Kota Tinggi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahsmon berkata lelaki itu juga merupakan penagih dadah dan dia mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan Akta Barang Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.


Beliau berkata Mahkamah Majistret Kota Tinggi membenarkan lelaki itu direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 2 Ogos untuk membolehkan polis menjalankan sisatan lanjut mengikut Sekyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – BERNAMA

Kategori