Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Kedah Rampas 1,051...

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah...

Noraini Letak Jawatan Menteri...

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini...

TFC Mula Langkah Kanan...

KUALA LUMPUR – Juara 2001, Terengganu FC (TFC) memulakan kempen Piala Malaysia 2018...

Dewan Makan Rejimen 516...

TAWAU - Dewan makan Rejimen 516 Askar Wataniah di Kem Kukusan, di sini,...

Penampilan Terakhir Sukan SEA, Hsu Ann Idam Podium

KUALA LUMPUR – Berdasarkan prestasi terkini, Cheah Hsu Ann menyimpan hasrat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada temasya Sukan SEA dengan kemenangan podium.

Temasya Sukan SEA ke-29 (KL 2017) pada 19 hingga 30 Ogos di sini adalah penampilan ketiga buat atlet yang berasal dari Petaling Jaya dalam temasya dwitahunan itu.

“Kali pertama saya mewakili negara dalam Sukan SEA ialah pada 2011 di Palembang, Indonesia. Pada masa itu, saya langsung tidak meletakkan sebarang sasaran pingat dan penampilan saya itu lebih kepada pendedahan.

“Dua tahun lepas saya berusaha untuk meraih pingat tetapi nasib tidak menyebelahi saya. Walaupun berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir tetapi saya hanya menamatkan saingan di tempat keempat sahaja,” kata Hsu Ann.

Biarpun sudah menjangkau usia 28 tahun, Hsu Ann mahu penampilan kali ini di gelanggang sendiri mampu menghadirkan kemenangan podium buat dirinya.

“Bila beraksi di sini…di gelanggang sendiri, ia memberi satu semangat kepada saya untuk memberikan persembahan terbaik. Ditambah pula dengan sokongan anggota keluarga, rakan-rakan dan penyokong Malaysia, saya akan menjadi lebih bersemangat,” katanya.

Pencapaian terbaik beliau dalam acara ‘wake board’ ialah memenangi pingat emas ketika beraksi dalam Kejohanan Ski Air dan Wake Board Terbuka Malaysia tahun lepas.


Mengenai saingan pada temasya kali ini, atlet Singapura Sasha Christian iaitu pemenang dua pingat emas dalam edisi 2015 menjadi pencabar utama beliau.

Hsu Ann mula mengenali sukan wake board sekitar tahun 2009 selepas berpeluang menyaksikan satu kejohanan ski air dan wake board di Pusat Sukan Air Putrajaya.

“Bila saya saksikan cara atlet wake board beraksi, timbul rasa minat untuk mempelajari sukan itu,” kata atlet yang memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of London.

Menurut Hsu Ann selepas tamat temasya Sukan SEA, beliau mahu memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai peguam. – BERNAMA

Kategori