Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pembunuh Upahan Antara 800...

KOTA BHARU - Pembunuh upahan dipercayai antara orang yang tersenarai dalam lebih 800...

Tak Jadi Kahwin Dengan...

NEW DELHI - Seorang pengantin perempuan sanggup tidak berkahwin daripada bersuamikan kepada seorang...

Howto Produce Powerful Statements

The IELTS writing test might be difficult hill to climb but with the...

Polis Tembak Mati Lelaki...

LAHAD DATU - Polis menembak mati seorang lelaki selepas bertindak agresif dan cuba...

Pendaki Gunung Berembun Melecur Gas Meletup

KUALA TERENGGANU – Seorang pendaki terpaksa menanggung kesakitan lebih 12 jam dipercayai selepas gas mudah alih yang digunakan untuk memasak ketika berkhemah di Lata  Lasir,  Gunung  Berembun,  Hulu Dungun, meletup, semalam.

Akibat letupan itu mangsa Saiful Akmar Anuar, 34, melecur di muka, kaki dan beberapa anggota badan yang lain akibat disambar api dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Terengganu,Sharikan Bustaman berkata pihaknya tidak menolak insiden itu berpunca daripada kebocoran dapur gas ketika melakukan aktiviti memasak di dalam khemah.

Katanya, mangsa yang berasal dari Pulau Pinang itu telah mendaki gunung tersebut pada Sabtu lepas bersama 47 peserta terdiri daripada 38 lelaki dan sembilan wanita bersama empat malim gunung.

“Kita menerima panggilan kira-kira pukul 4.36 petang semalam sejurus selepas itu terus menggerakkan kekuatan termasuk Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan pegawai perubatan bagi memberikan bantuan awal.

“Perjalanan naik ke puncak memakan masa sekitar enam hingga lapan jam dan pasukan  penyelamat  yang pertama berjaya  tiba kira-kira pukul 2.30 pagi tadi selepas memulakan operasi menyelamat pada pukul 7.30 malam tadi,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Menurutnya pihaknya cuba menggunakan laluan darat bagi menurunkan mangsa namun ianya lebih berisiko dan terpaksa melakukan operasi menyelamat melalui udara dengan teknik ‘winching’.


Jelasnya mangsa merupakan seorang peniaga dikejarkan menggunakan helikopter pasukan bomba jenis Agusta 139 untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

“Laluan berliku dan berbukit dan curam agak menyukarkan operasi mengeluarkan mangsa melalui jalan darat ditambah dengan faktor perjalanan yang agak lama jadi kita terpaksa menggunakan helikopter bagi melakukan penerbangan ihsan.

Unit udara dengan lima kekuatan mula berlepas dari pangkalan Udara Subang pada pukul 11.45 pagi tadi dan tiba di tempat kejadian pada pukul 1.05 tengah hari.

“Pasukan penyelamat mengambil masa 25 minit untuk membawa keluar mangsa sebelum mendarat di Padang Bola Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Kuala Terengganu kira-kira 2 petang tadi,” katanya.

Beliau percaya mangsa berada paling dekat dengan dapur berkenaan dan menyebabakan hampir 80 peratus bahagian mukanya melecur teruk. -BERNAMA

Kategori