Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Amaran Hujan Lebat Di...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat serta ribut petir...

Peguam Negara Akan Kemuka...

KUALA LUMPUR - Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mengemukakan bantahan...

BN Bentang Usul Tergempar...

GEORGE TOWN - Barisan Nasional (BN) hari ini membentangkan usul tergempar pada persidangan...

Bil Elektrik Tiba-Tiba Naik?...

BERDEPAN cuaca panas ketika musim El-Nino ini, rata-rata pengguna memasang pendingin hawa namun...

Penduduk Ambil Inisiatif Wujud Muzium Mini Padi

KUALA NERANG – Tajak, kuku kambing, keri dan parang lading merupakan antara peralatan tradisional dalam mengusahakan sawah padi suatu ketika dulu, kini makin hilang fungsinyaditelan arus pertanian moden.

Enggan ia terus pupus, penduduk Kampung Bendang Raja mengambil inisiatif mewujudkan Muzium Mini Padi dengan cara bergotong-royong membina rumah kayu tradisional lama Kedah sepuluh tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung itu Hambali Ahmad, 54, berkata, apa yang terdapat di dalam muzium mini tersebut adalah barang peninggalan nenek moyang yang perlu dipelihara memandangkan ia tidak lagi mampu didapati pada zaman sekarang.

“Apabila bercerita dengan anak cucu, rata-rata mereka tidak dapat menggambarkan peralatan yang digunakan nenek moyang kita ketika mengerjakan sawah padi. Hendak ditunjuk peralatan tersebut, banyak yang dah tak ada atau rosak.

“Jadi, generasi muda tiada peluang untuk mengenalinya. Disebabkan itulah, apabila kami menangPertandingan Keceriaan Kampung Sempena Bulan Kemerdekaan pada 2007, duit kemenangan itu kami laburkan membina rumah ini yang akhirnya dijadikan muzium mini padi,” katanya.

Dengan kerjasama penduduk kampung, mereka berjaya mengumpul pelbagai barangan dan peralatanberkaitan mengusahakan sawah padi serta pelbagai barangan lama.

Antara peralatan yang disumbangkan penduduk adalah tajak, perangkap puyuh, pelbagai peralatanmenangkap ikan, peralatan menimbang padi dan beras serta pinggan mangkuk yang banyak digunakan pada era 50-an hingga 70-an.

Lebih menarik, kawasan seluas 0.8 hektar ini juga merupakan tapak tanah perkuburan lama yang dipercayai berusia lebih seratus tahun.

“Ketika proses membersihkan kawasan ini yang asalnya hutan, memang penduduk kampung menjumpai beberapa kubur lama dan segera memindahkannya ke kawasan yang lebih sesuai,” katanya.

Dalam pada itu, Hambali merancang menaik taraf muzium mini padi itu agar lebih ceria dan berinteraktif.


“Banyak yang mahu kami lakukan termasuk menambah bilangan barangan tradisional untuk dipamerkan, memperbaiki beberapa kerosakan dan mewujudkan pelbagai program bagi menarik pelancong.

“Setakat ini, kita sering adakan pertandingan wau dan menangkap ikan setiap kali musim menuai padi,” katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, peruntukan sebanyak RM10,000 yang disumbangkan melalui pejabat ADUN diharap dapat memberi impak kepada pembangunan muzium mini tersebut.

“Kita percaya muzium mini padi ini berpotensi menjadi tarikan pelancongan terbaru di Kuala Nerang malah di Kedah. Dengan kedudukannya yang amat cantik di tengah sawah padi itu, ia pastinya menarik untuk penggemar fotografi serta pencinta sejarah,” katanya.

Badrol Hisham juga berharap penduduk kampung yang masih mempunyai peralatan tradisional dapatmenyumbang kepada muzium mini tersebut untuk tatapan orang ramai.

“Kita juga akan tampal maklumat lengkap pada setiap peralatan yang dipamerkan bagi memudahkan pengunjung mengetahui serta memahami fungsi peralatan tersebut. Dengan cara ini, kita percaya mereka akan lebih menghargai peninggalan nenek moyang mereka,” ujarnya.

Di Kedah, terdapat sebuah Muzium Padi yang dirasmikan oleh Sultan Kedah pada 12 Okt 2004 di Gunung Keriang, Alor Setar yang mempamerkan pelbagai spesies padi dan peralatan berkaitan dengan industri tersebutyang digunakan sejak zaman dahulu. – BERNAMA

Kategori