Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

APMM Gagalkan Cubaan Seludup...

TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)dapat menghalang cubaan menyeludup keluar 77 tong...

Tweet Pertama Dijual RM12...

SAN FRANCISCO - Tweet pertama dimuat naik di Twitter dijual pada harga AS$2.9 juta (kira-kira...

Guidelines for Workers Taking...

And so, if the authors aren't paid, writers can very fast apply plagiarism...

Pesawat polis Iran Terhempas,...

TEHRAN - Sebuah pesawat polis Iran terhempas semalam, mengorbankan tujuh orang, termasuk seorang...

Kajian Terjemahan Perkasa Golongan Akademik

PUTRAJAYA – Penyelidikan penterjemahan yang merentasi agensi dan disiplin mampu melahirkan golongan akademik yang berkualiti termasuk pendidik, penyelidik, peneraju institusi, pengamal, staf sokongan akademik dan pelajar, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata ekosistem pendidikan Malaysia perlu berusaha untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi serta amalan lanjutan mereka memberi fokus terhadap langkah yang boleh memberi manfaat kepada semua segmen industri dan masyarakat.

“Penyelidikan dan amalan penterjemahan memberi peluang kepada kita untuk menyusun semula pendidikan tinggi kita serta mentransformasi universiti supaya menjadi sebuah institusi yang memperjuangkan penyelidikan dan amalan mengenai dunia sebenar, di samping memupuk perkongsian lebih bersifat sinergistik,” kata Idris dalam ucaptamanya bersempena Persidangan Antarabangsa mengenai Penyelidikan dan Amalan (ICERP) 2017.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Kamel Mohamad pada persidangan dua hari itu.


Sementara itu, Universiti Putra Malaysia, yang menjadi tuan rumah persidangan berkenaan, berkata ICERP adalah suatu usaha untuk mewujudkan rangkaian kerjasama penyelidikan dalam kalangan sarjana, penyelidik dan penggubal dasar daripada sektor awam dan swasta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.  – BERNAMA

Kategori