Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Awas Pencuri Dalam Pesawat

KUALA LUMPUR - Berhati-hati apabila menaiki pesawat kerana barang peribadi dalam beg anda...

Miliki Dadah 150 Kg,...

AMPANG - Tiga lelaki termasuk seorang penternak lembu, didakwa di Mahkamah Majistret di...

Tiada Sekatan Ke Atas...

KUALA LUMPUR – Pembelian hartanah oleh warga asing, tanpa mengira kewarganegaraan tidak menjamin...

KPM Kumpul Pandangan Garis...

NIBONG TEBAL : Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengumpul pandangan dan input daripada semua...

Pengecilan Lokaliti Kawasan Rabies Sedang Dilaksana

KUCHING – Langkah mengecilkan lokaliti kawasan yang disyaki terkesan dengan virus Rabies atau penyakit anjing gila sedang dilaksanakan ketika ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata selain itu bekalan vaksin di klinik-klinik kesihatan dan hospital berhampiran juga ditingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kita juga sedang menyiasat secara terperinci bagi mengenal pasti sumber wabak tersebut bagi membolehkan pengawalan penularan dilakukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan ulang tahun ke-58 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini malam tadi.

Ketika ditanya mengenai proses menghapus haiwan khususnya anjing di kawasan disyaki, Uggah berkata perkara tersebut sedang diperhalusi bersama Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA).


Pada Jumaat lepas, Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga kanak-kanak termasuk dua beradik dijangkiti virus rabies di Kampung Paon Sungai Rimu Bakung dan Kampung Lebur, Gedong, dalam daerah Serian, dan sedang dirawat di ICU HUS.

Dua beradik terbabit, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dan kakaknya enam tahun, manakala mangsa ketiga kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun. – BERNAMA

Kategori