Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Meningkat 264...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di enam pusat pemindahan di Jasin...

Pengundi Keluar Awal Tunai...

ARAU - Pengundi di Perlis dinasihatkan supaya keluar lebih awal untuk melaksanakan tanggungjawab...

Khabar Angin Azhar Azizan...

SHAH ALAM - Khabar angin yang mendakwa Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan...

Sampel Kumbahan Pesawat Bantu...

KUALA LUMPUR: Pengambilan sampel air kumbahan dari pesawat boleh membantu mengesan kes COVID-19...

Bekalan Air Di Sandakan Lebih Daripada Mencukupi

SANDAKAN – Pengeluaran bekalan air sebanyak 156 MLD (juta liter sehari) kepada pengguna di daerah ini adalah lebih daripada mencukupi.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan empat loji rawatan air di daerah ini iaitu Loji Rawatan Air Segaliud mengeluarkan air sebanyak 82 MLD, diikuti Loji Rawatan Air Kinabatangan (58 MLD), Loji Rawatan Air Sibuga (sembilan MLD) dan Loji Rawatan Air Hiltop (tujuh MLD).

Beliau juga berkata terdapat kadar lebih 57 MLD bekalan air dikeluarkan dari empat loji utama di daerah ini.

“Keseluruhan bekalan air di daerah ini adalah lebih dari mencukupi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mendengar taklimat Jabatan Bekalan Air Sabah Daerah Sandakan di sini, hari ini.

Ia bersempena lawatan kerja dua hari beliau ke daerah ini sejak semalam.


Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah berkata tumpuan bekalan air di daerah ini adalah menangani aduan kebocoran saluran paip dan bekalan air tidak sampai biarpun ada kawasan sudah ada kemudahan air paip.

Katanya kerajaan mengambil perhatian masalah tersebut untuk diselesaikan bagi memberi keselesaan kepada rakyat dalam mendapatkan bekalan air terawat.

Menurutnya jika perlu pendekatan yang diambil sebelum ini dalam mengatasi masalah itu dikaji semula agar tindakan diambil pada masa hadapan lebih berkesan. – BERNAMA

Kategori