Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Guru Silat Didakwa Laku...

Muar : Seorang jurulatih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas...

22 Pendatang Asing Warga...

KOTA KINABALU - Polis menahan 22 pendatang asing tanpa izin warga Filipina menerusi...

MyStandard Dijenamakan Semula Kepada...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menambahbaik sistem MyStandard yang digunakan pakai ketika ini dengan...

Usaha Serius China Hapus...

GAJAH adalah antara haiwan yang sering diburu dan menjadi mangsa kerakusan manusia hanya...

Pengiraan Detik Pelancaran Olimpik Tokyo 2020 Bermula

TOKYO – Menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, Jepun menganjurkan acara pengiraan detik pelancaran penganjuran temasya sukan dunia itu, di ibu pejabat kerajaan metropolitan di Shinjuku Ward pada Isnin, lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

Acara turut dimeriahkan dengan tayangan ciri-ciri menarik sukan itu dan bandar Tokyo menerusi imej tiga dimensi.

Hadir sama pada majlis itu, Gabenor Tokyo Yuriko Koike dan Menteri yang bertanggunggjawab untuk penganjuran sukan antarabangsa Tamayo Marukawa.

Menurut Koike, penganjuran temasya sukan antarabangsa berkenaan dilihat dapat menyokong pemulihan semula kawasan yang mengalami kerosakan akibat gempa bumi dan tsunami pada Mac 2011.

“Diharapkan kawasan pernah dilanda bencana kembali ceria dengan kunjungan serta sorakkan penonton selain menjadikan Olimpik dan Paralimpik acara untuk semua,” kata Marukawa.


Acara sama turut diadakan wilayah lain yang akan menjadi tuan rumah beberapa acara seperti Hokkaido, Fukushima, Saitama dan Chiba. -BERNAMA

Kategori