Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hanya MAS Bayar Pampasan...

KUALA LUMPUR - Hanya Malaysia Airlines (MAS) yang akan membayar pampasan kepada keluarga...

Sasar 65,000 Rumah Mampu...

KUALA LUMPUR - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyasarkan membina 65,000 unit rumah...

Perkeso Bayar RM93 Juta...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM93.57 juta bayaran pampasan bagi kemalangan perjalanan pergi dan...

Denggi: 15 Pemilik Premis...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengenakan jumlah kompaun maksimum sebanyak RM500...

Pengusaha Rumah Bot Tasik Kenyir Giat Tingkat Khidmat

KUALA BERANG – Sambutan hangat terhadap perkhidmatan rumah bot di Tasik Kenyir membuatkan pengusahanya berlumba-lumba meningkatkan mutu perkhidmatan bagi menarik pelanggan.

Pelbagai inisiatif  dirancang bagi menambat hati orang ramai menggunakan khidmat rumah bot masing-masing tidak kira pada cuti hujung minggu, cuti umum, cuti sekolah atau pada waktu bekerja.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir, Mohd Rafi Abd Wahab berkata ketika ini terdapat 54 buah rumah bot yang berdaftar dengan persatuan dan aktif menyediakan perkhidmatan dengan pakej-pakej yang menarik.

Katanya ada dalam kalangan pemilik bot tersebut mempunyai lebih daripada sebuah bot bagi menampung permintaan para pelancong yang berkunjung ke tasik berkenaan bagi berehat sambil mengelilingi beberapa buah pulau yang terdapat di lokasi tersebut.

“Pada hujung minggu hampir semua bot akan beroperasi dan kebanyakan pengunjung akan memilih pakej tiga hari dua  malam untuk meneroka dan menikmati  keindahan di pelusuk tasik tersebut.

“Pelbagai pakej  menarik ditawarkan bagi setiap house bot, ada juga pakej selama dua hari satu malam dengan membawa pelancong ke Santuari Kelah dan sebagainya,” katanya kepada Bernama.

Bagi pemilik Pesona House Boat, Kamaruddin Razali berkata sejak dua tahun mengusahakan perkhidmatan itu, sambutan yang diterimanya amat menggalakkan terutama pada hujung minggu.

Justeru itu anak kelahiran Kampung Paloh,Kuala Terengganu ini  telah membina sebuah lagi rumah bot yang bernilai kira-kira RM 300,000 bagi menampung permintaan yang semakin memberangsangkan.


“Setakat ini proses pembinaan masih dijalankan dan kita menjangkakan akhir bulan Ogos ini bot kedua tersebut akan siap sepenuhnya sebelum memulakan operasi.

“Reka bentuk rumah bot yang baru ini sedikit berlainan dari yang pertama dengan meterial yang terkini. Pesona House Boat menyediakan sebanyak enam buah bilik manakala bagi bot kedua nanti sebanyak dua lagi bilik akan ditambah dengan menjadikan sebanyak lapan bilik,”katanya.

Jelasnya selain itu botnya yang mampu memuatkan 20 penumpang dalam satu masa juga ada menyediakan bilik bertaraf ‘VIP’ yang  akan dilengkapi penghawa dingin dan kemudahan tandas di dalam kamar.

Bot yang menampilkan konsep keluarga dan mengutamakan keselesaan pelanggan menawarkan harga serendah RM1,800 hingga RM 2,000 bagi satu malam.

Manakala bagi pakej lengkap tiga hari dua malam termasuk pakej makanan serta tiket ke Santuari Kelah menawarkan harga sehingga RM4,500.

“Kebiasaannya pada hujung minggu memang kita tidak menang tangan untuk tempahan menggunakan rumah bot berbanding hari biasa,” katanya. -BERNAMA

Kategori