Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Benjy Diberi Seminggu Bela...

MEDAN - Pelakon Benjy diberi masa seminggu untuk bela diri sebelum berdepan kemungkinan...

Nenek Leka Berjudi Kena...

BUKIT MERTAJAM - Lapan wanita, kebanyakan mereka warga emas ditahan di Pasar Awam...

Dadah Bernilai RM1.4 Juta...

KUCHING - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Daerah Kuching merampas dadah bernilai kira-kira...

Beza 54 Tahun Tak...

AL-KISAHNYA seorang pemuda berusia 28 tahun dari Pulau Mantehage, Minahasa Utara, Indonesia dilaporkan...

Pensyarah Itu Akhirnya Jadi Suami Aku!!!

DOA yang paling mujarab ialah doa seorang ibu. Jika nyawa ibu sudah ditarik oleh Ilahi, maka hilanglah satu doa yang paling bermakna bagi hidup seorang anak.

Mungkin itulah yang dialami seorang pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Shazana Muhammad Shukri, apabila selamat diijabkabulkan dengan pensyarahnya sendiri, Ali Md. Nadzalan.

Lepas sudah kahwin mana boeh panggil sir dah kan… Kenalah panggil dengan panggilan manja sikit

Berkat mulut masin ibu Shazana, kini dia sudah berkahwin dengan pensyarahnya sendiri ketika melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.

Ini merupakan perjalanan singkat perkenalan pengantin baharu ini:

Jan 2016 ‘Weh ko (kamu) kos (kursus) apa?’
‘As20 psikologi sukan. Saya kan mentee Sir… Nama saya Nur Shazana.

April 2016
‘Sebenarnya aku suka kat ko masa kat tempat urusetia tu. Cakap banyak’

Jun 2016
‘Makcik, saya nak Ana tahun depan boleh tak?’
‘Boleh.

21.1.2017
Tunang


21.7.2017
Nikah

Alhamdulillah.. Masih lagi tak percaya dah jadi isteri Sir.. Rasa macam baru sangat Sir tegur saya.. ?? tahun lepas Sir selalu cakap ‘Aku takleh suka ko, ko student aku lecturer’

Sekarang ni apa sir. Dah jadi suami isteri pun. Hahaha. Betul lah orang cakap UPSI tu

Universiti
Pertemuan
Suami
Isteri

Kalau ada yang masih ingat, pada sekitar pertengahan tahun 2015 lepas, tular satu majlis perkahwinan antara pensyarah dan pelajar di sebuah institut pengajian tinggi dekat Cheras.

Si suami juga merupakan pensyarah kepada si isteri. Tapi kisah mereka yang itu agak menyedihkan kerana ibu pengantin perempuan, Ana Suliana telah meninggal sebelum majlis perkahwinannya berlangsung.

Apa pun, pada yang masih single tu, jangan risau. Mungkin jodoh anda tengah mengajar dekat mana-mana universiti atau kolej? Atau mungkin jodoh anda tu sedang dijaga orang lain? – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

  • Lagi berita berkaitan:
  • UPSI

Kategori