Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rosmah Mohon Gugur Hakim,...

Rosmah Mansor memfailkan permohonan untuk menggugurkan hakim perbicaraan, Mohamed Zaini Mazlan menjelang keputusan...

Laporan RCI Akan Jadi...

KUALA LUMPUR - Laporan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang...

Wanita Dipercayai Dera Kanak-Kanak...

IPOH - Seorang wanita dipercayai mendera kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sehingga mangsa...

Suspek Langgar Lari Di...

SEPANG - Empat suspek yang terlibat dalam kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian...

Penuntut IPT Ditahan Miliki Air Ketum

BEHRANG – Tiga pelajar institut pengajian tinggi (IPT) ditahan polis bersama 14 bungkus plastik dan tiga botol cecair dipercayai air ketum di Bandar Behrang 2020 dekat sini, malam tadi.

Serbuan kira-kira jam 8.45 malam itu dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim bersama anggota Balai Polis Behrang Stesen.

Seorang pelajar berusia 18 tahun dan dua orang berusia 19 tahun ditahan di dapur sebuah rumah sewa, bersama cecair dipercayai air ketum.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusuf, berkata ketika anggota polis tiba ke premis itu, pintu rumah didapati tidak berkunci dan terus menuju ke dapur.

“Anggota polis memperkenalkan diri dan membuat pemeriksaan fizikal ke atas pelajar terbabit tetapi tidak menemui bahan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut di dapur menemui 14 bungkus plastik dan tiga botol air dengan isi padu 1.5 liter disyaki air ketum dalam bekas polisterin di bawah sinki.


“Semua cecair yang disyaki air ketum itu dirampas dan tiga pelajar itu ditahan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Siasatan awal mendapati dua pelajar berasal dari Perlis dan seorang dari Perak itu mendapat bekalan air ketum dari Manjung,” katanya.

Beliau berkata, saringan awal mendapati suspek negatif dadah dan polis menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti air ketum itu disimpan di rumah berkenaan. -BH Online

*Video sekadar hiasan…

Kategori