Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

TH Beri Jaminan Simpanan...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi jaminan kepada para...

Tingkat Pengalaman Perbankan Digital...

KUALA LUMPUR – AmBank Group menambah ciri aplikasi perbankan mudah alihnya, AmOnline dengan...

Game Sarkas: Teguran ‘Makan...

SEMALAM, Mynewshub telah menyiarkan artikel bertajuk Malaysia VS Liverpool, Peminat Bola Sepak Gesa Henti...

Jari Kanak-kanak Tersangkut Pada...

BAGAN SERAI - Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam sebelum...

Penyebaran Berita Palsu Perlu Dibanteras Segera

SINGAPURA – Berita palsu walaupun hanya satu, perlu dibanteras segera penyebarannya, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

“Jika tidak ditangani segera, ia bukan sahaja memudaratkan seseorang individu malah boleh memberi kesan kepada sesebuah negara,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Bersama Malaysia dan Singapura Mengenai Maklumat dan Komunikasi di sini hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama Setiausaha Tetap Kementerian Komunikasi dan Maklumat Singapura Gabriel Lim.

Katanya berita palsu, ekonomi digital, suis analog dan perayauan mudah alih antarabangsa merupakan empat topik yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Dr Sharifah Zarah berkata kepantasan teknologi membuatkan usaha menghentikan penyebaran berita palsu “sedikit memeningkan” dan “tidak mudah untuk memberhentikan penyebarannya begitu saja.”

Menurut beliau satu daripada langkah itu, adalah rakyat perlu dididik untuk membezakan berita palsu dan berita yang benar.

Dr Sharifah Zarah kerajaan juga telah melancarkan laman portal SEBENARNYA.MY, sebuah portal yang mahu memaklumkan kesahihan berita yang tular di media sosial.

Menyifatkan mesyuarat pada hari ini sebagai berhasil, beliau berkata kedua-dua negara dapat berkongsi pengalaman dan idea bagi menangani masalah penyebaran berita palsu ini.


Malaysia dan Singapura menandatangani satu Memorandum Persefahaman tahun lepas bagi meningkatkan lagi kerjasama dua hala dalam bidang penerbitan filem dan televisyen, pembangunan maklumat komunikasi dan media, pertukaran berita, teknologi digital dan komunikasi kerajaan.

Turut hadir Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Zulkefli Salleh.

Bersempena dengan mesyuarat itu, Singapura akan menjadi hos program Muzika Ekstravaganza malam esok.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Menteri Komunikasi dan Maklumat Singapura Dr Yaacob Ibrahim akan menjadi tetamu kehormat pada program penerbitan bersama acara tahunan itu.

Program Muzika yang memasuki tahun ke-11 itu diterbitkan bersama oleh Radio Television Malaysia (RTM) dan Mediacorp Singapura. – BERNAMA

Kategori