Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Didenda RM30,000 Ambil Pembantu...

GEORGE TOWN - Seorang pemilik klinik didenda RM30,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini...

Bateri Vape Terbakar Dalam...

PUTRAJAYA - Penumpang dan krew penerbangan Malindo Air cemas seketika selepas bateri vape...

VIDEO: Aksi Dewi Remaja...

KECANTIKAN wanita tidak hanya diukur daripada rambut maka langkah Majalah Remaja membuka penyertaan finalis...

PM Ucap Tahniah Qobin...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan tahniah...

Penyerang Guna Gergaji Berantai Diberkas

SCHAFFHAUSEN, Switzerland – Lelaki berusia 50 tahun yang menyerbu masuk sebuah pejabat insurans sambil memegang gergaji berantai, ditahan semalam, selepas operasi memburunya sejak dua hari lalu yang turut membabitkan polis Jerman.

Jurucakap wilayah atau canton Zurich dalam satu kenyataan berkata, suspek diberkas ketika berada di Thalwil, sebuah bandar yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Schaffhausen, iaitu lokasi insiden serangan berlaku.

Polis mengenal pasti penyerang itu sebagai Franz Wrousis, seorang pengembara yang memiliki rekod jenayah dan sering menghabiskan masa di dalam hutan.

Setakat ini, tidak diketahui punca beliau bertindak mencederakan dua kakitangan pejabat insurans itu, dengan seorang daripadanya cedera parah.

Menurut syarikat insurans itu, CSS, suspek adalah antara pelanggan mereka.


“Dua lagi pelanggan yang berada di dalam pejabat dirawat akibat terkejut, manakala seorang lagi mangsa cedera ketika serbuan dilakukan pihak polis,” kata pihak berkuasa.

Sementara itu, polis Jerman berkata sebuah helikopter turut digunakan dalam misi memburu suspek. – Reuters/BH ONLINE

Kategori