Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Harga Baharu Gula Pasir...

PUTRAJAYA - Harga baharu gula pasir putih bertapis kasar ialah RM2.95 sekilogram, berkuat...

Gulai Masak Tauchu Ikan...

Penulis sangat rindukan masakan ibunya, okay jom kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya.Bahan-bahan2...

7 Kawasan Masih Alami...

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh kawasan sekitar Gombak dan Kuala Lumpur masih mengalami...

Saran Syarikat Korporat Bantu...

ALOR GAJAH - Kerajaan negeri menyarankan lebih banyak syarikat korporat tampil membantu menstabilkan...

Penyerang Kualiti, Bakat Muda Keutamaan Vingada

PETALING JAYA – Penyerang yang berkaliber dan bakat muda memainkan peranan penting dalam memantapkan skuad kebangsaan menjelang perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Hong Kong pada September, kata ketua jurulatih ‘Harimau Malaya, Nelo Vingada.

Jurulatih kelahiran Portugal itu berkata penyerang berkualiti adalah ciri-ciri tambahan sementara bakat muda akan memberi keseimbangan kepada skuad dalam usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk layak ke Piala Asia 2019 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Penyerang berkualiti adalah yang paling penting. Jika saya dapat mencari penyerang yang mempunyai semangat juang yang tinggi, lincah bergerak dan kental dalam melancarkan serangan balas, dan seorang lagi mungkin pemain yang tinggi lampai dan pakar tandukan, saya fikir itu sudah cukup baik. Pemain seperti inilah yang saya cari-cari.

“Beberapamain dari bawah 22 Tahun mungkin menyertai kita tetapi kita akan membuat keputusan hanya selepas Sukan SEA ke-29 berakhir,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengaku bahawa mencari pemain yang memenuhi kriteria tersebut adalah tugas yang rumit kerana kebanyakan penyerang yang beraksi dalam dalam Liga Malaysia adalah pemain import.


Sementara itu, Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal berkata beberapa siri perlawanan persahabatan antarabangsa akan diadakan pada Ogos selepas tamat sesi latihan pusat skuad kebangsaan yang dijadual diadakan di Melaka.

Katanya, Syria yang berada di ranking ke-82 dunia merupakan antara pasukan yang bakal menguji skuad kebangsaan selain Macau dan Myanmar sebelum melayani kunjungan Hong Kong pada 5 Sept ini.

“Pasukan kebangsaan akan memulakan sesi latihan di Melaka bermula 14 sehingga 21 Ogos ini sebelum dijangka bertemu Syria di Stadium Hang Jebat keesokannya. Selepas itu kita mungkin akan berlepas ke Macau bagi mengadakan perlawanan persahabatan di sana,” katanya. – BERNAMA

Kategori