Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

‘Dr Ganja’ Hadapi 36...

KLANG - Seorang pesara tentera bergelar 'Dr Ganja' dihadapkan ke tiga mahkamah berasingan...

Hebat! Anak Malaysia Jadi...

BUKAN sahaja wakil dari Malaysia, malah mewakili Asia Tenggara individu pertama menjadi pensyarah...

Sambutan Hari ATM Ke-88...

PORT DICKSON – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang...

Mayat Warga India Jatuh...

MIRI - Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menjumpai mayat seorang juragan warga...

Penyertaan Kali Pertama Bawa Tuah – Lisa Shimazaki

PUTRAJAYA – Minat mendalam terhadap bahasa dan budaya asing membawa tuah kepada peserta Jepun, Lisa Shimazaki apabila berjaya dinobatkan sebagai johan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2017 Piala Perdana Menteri.

Pelajar dari Tokyo University of Foreign Studies berusia 21 tahun itu berkata, beliau tidak menyangka menjadi juara meskipun baru pertama kali menyertai pertandingan berprestij tahunan tersebut.

“Saya tidak menyangka akan dinobatkan sebagai juara meskipun ini merupakan penyertaan buat pertama kali dalam pertandingan yang sangat berprestij ini.

“Ditambah pula beraksi di hadapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak,”  katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Gadis itu memberitahu amat berterima kasih kepada pensyarahnya yang dikenali sebgai Puan Faridah kerana memberikan tunjuk ajar dan sokongan kepada dirinya sejak mula belajar Bahasa Melayu.

“Latihan yang diberikan Puan Faridah di universiti memberikan kelebihan untuk belajar bahasa Melayu dengan lebih baik.

“Saya sangat berterima kasih kepada tunjuk ajarnya selama tiga tahun sejak mempelajari Bahasa Melayu,” katanya.

Lisa turut memberitahu sambutan kursus pengajian subjek Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi di negaranya juga semakin menerima sambutan yang menggalakan.

“Jika dahulu hanya sebuah universiti sahaja menawarkan subjek Bahasa Melayu, tetapi kini sekurang-kurangnya tiga buah universiti di tanah air saya telah menjadikan subjek Bahasa Melayu sebagai pilihan subjek kokurikum,” katanya.

Lisa mengatakan beliau banyak membaca buku dan menonton pelbagai filem dalam Bahasa Melayu bagi meningkatkan penguasaan.

Sementara itu, pemenang kategori Pelajar Antarabangsa Malaysia (PAM), Abdul Matin Mohamed Azeem, 24 berkata beliau mula mempelajari Bahasa Melayu sejak bersekolah di Sekolah Menengah Taman Tun Dr. Ismail pada usia 13 tahun.


“Saya cuba untuk mahir Bahasa Melayu kerana saya ingin berkawan dengan rakan sebaya berbangsa Melayu ketika itu sewaktu mengikut keluarga berpindah ke Malaysia,” katanya.

Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu turut memberitahu beliau mengusai tiga lagi bahasa asing iaitu Bahasa Parsi, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Sementara itu, Noor Haqim Noor Hamiddon, 21, yang merupakan Johan kategori Alam Melayu berkata kemahiran berpidato akan membantunya untuk menjadi peguam yang baik pada masa hadapan.

Beliau yang merupakan pelajar tahun dua jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu memberitahu akan mengembangkan lagi bakat serta ilmu yang diperolehnya dengan bantu generasi akan datang.

“Saya akan terus membantu universiti saya untuk kekal sebagai juara pada tahun depan. Kami mahu mencipta sejarah dengan menjuarai PABM tiga tahun berturut-turut,” katanya.

Johan bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000, Piala Perdana Menteri, hadiah iringan serta sijil.

Naib johan setiap kategori pula memenangi wang tunai RM12,000, piala dan hadiah iringan serta sijil manakala tempat ketiga menerima wang tunai RM8,000, piala dan hadiah iringan serta sijil.

Sejumlah 53 peserta dari 35 buah negara menyertai PABM yang memasuki edisi ke-11 dengan tema ‘Pengantarabangsaan Bahasa Melayu’ berpadanan dengan konsep memartabatkan Bahasa Melayu di mata dunia. – MYNEWSHUB.CC

Kategori