Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Amnesty International Gesa Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Amnesty International (AI) hari ini menuntut secara rasmi agar kerajaan baharu negara ini bertindak segera melindungi hak LGBTI.

JBPM Teroka Tekonolgi Telaga...

KOTA BAHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan meneroka penggunaan teknologi...

Kak ‘Ros’ Upin Dan...

KUALA LUMPUR - Watak 'Ros', kakak garang dalam siri animasi Upin dan Ipin,...

Gambar: Mayat Reput Terdampar...

PENGUNJUNG Pantai Baru Penarik, Merang pada petang Ahad terkejut apabila mendapati terdapat mayat...

Penyusunan Semula Affin Dapat Kelulusan Pihak Berkuasa

KUALA LUMPUR – Affin Holdings Bhd telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia bagi cadangan untuk melaksanakan penyusunan semula Kumpulan Syarikat Affin.

Kelulusan bagi cadangan pelaksanaan penyusunan semula, pengagihan dan langganan itu adalah menurut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

“Bagaimanapun, kelulusan tersebut tertakluk kepada kelulusan-kelulusan yang perlu diperoleh oleh Affin daripada pihak berkuasa kawal selia, termasuk Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC),” kata syarikat itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut Affin, SC juga telah meluluskan cadangan untuk melaksanakan perubahan dalam pemegang saham utama anak-anak syarikatnya iaitu Affin Hwang Investment Bank Bhd,  Affin Hwang Asset Management Bhd dan AIIMAN Asset Management Sdn Bhd.


Kumpulan tersebut berkata pelaksanaan proses korporat itu akan menyebabkan syarikat itu menjadi syarikat pemegangan bank.

“Pelaksanaan proses korporat itu juga akan melibatkan pertukaran saham Affin dengan saham-saham anak syarikat milik penuh kami, Affin Bank Bhd, berdasarkan satu kepada satu,” katanya. – BERNAMA

Kategori