Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kos Beli Vaksin Pendatang...

IPOH - Kos perbelanjaan untuk membeli bekalan vaksin bagi disuntik kepada pendatang asing...

Lanjutkan Pengecualian Visa Pelancong...

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri bagi...

Cuaca Buruk Gagalkan Cubaan...

JOHOR BAHRU - Hasrat 15 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia yang...

Impian Malaysia Miliki Pasukan...

IMPIAN Malaysia untuk memiliki pasukan MotoGP sendiri akhirnya menjadi kenyataan tahun ini. Sebelum ini...

Perak Bakal Bina Lapangan Terbang Baharu

IPOH- Perak bakal membina sebuah lapangan terbang baharu bagi merancakkan lagi sektor pelancongan dan industri di seluruh negeri, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata kerajaan negeri sudah membuat perbincangan awal, perincian serta penelitian berhubungperkara itu.

“Apabila (lapangan terbang) sudah pasti, saya akan umumkan, apa yag boleh saya sebutkan ia tidak jauh dari  Ipoh dan tidak berhampiran dengan lapangan terbang yang sibuk seperti lapangan terbang Pulau Pinang.

“Kita telah mengenal pasti tempat itu cuma memerlukan beberapa penelitian termasuk melalui kerjasama pihak Kementerian Pengangkutan dan juga Jabatan Penerbangan Awam. Kita berharap ia mendapat kelulusan daripada kerajaan persekutuan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersiaran secara langsung selama dua jam dalam segmen Selamat Pagi Menteri Besar di Radio Perak FM, pada 8 pagi tadi.

Dalam segmen tersebut, Zambry menjawab persoalan isu semasa berkaitan Perak daripada anggota panel iaitu Pengarah Penerangan Perak Razali Kidam, Ketua Biro Utusan Malaysia, Sayed Hesyam Idris, Ketua Biro Harian Metro, Wan Asrudi Wan Hasan dan Penolong Ketua Biro Sinar Harian, Normawati Adnan.

Beliau berkata, pemilihan lokasi untuk membangunkan lapangan terbang baharu itu mengambil kira faktor kawasan pertumbuhan ekonomi selain kedudukan muka buminya yang sesuai untuk pembinaannya.


“Kawasan itu pernah dicadangkan satu ketika dahulu, namun oleh kerana ia dipilih untuk tujuan pembangunan lain, maka idea untuk lapangan terbang di kawasan itu ditinggalkan, tetapi hari ini kita cadangkan semula.

“Kawasan itu agak luas, bayangkan sekiranya ia boleh menampung landasan sepanjang 3.5 kilometer bagi membolehkan pesawat besar (mendarat), bukan hanya bagi tujuan pelancongan tetapi sektor industri sepertiindustri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO),” katanya.

Selain itu, Zambry berkata kerajaan negeri juga bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara untuk menaik taraf Lapangan Terbang Hulu Perak bagi membolehkan pesawat kecil mendarat di situ.

Katanya dengan penaiktarafan lapangan terbang itu ia sekali gus dapat membangunkan sektor pelancongandi Hulu Perak, khususnya dari Lenggong ke Pengkalan Hulu.

– BERNAMA

Kategori