Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

BHB Jual Hotel Royal...

KUALA LUMPUR - Subsidiari Boustead Holdings Berhad (BHB), Boustead Hotels & Resorts Sdn....

Kerajaan Lulus Bantuan Sara...

KUALA LUMPUR - Seramai 17,161 orang peserta Felcra Berhad (Felcra) dalam kalangan isi...

Tahun Baru Cina: Pos...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) yakin penggunaan kad ucapan sebagai...

9 Lelaki Myanmar Akan...

GEORGE TOWN - Sembilan daripada 12 lelaki Myanmar yang ditahan kerana disyaki terlibat...

Perdana Menteri Hadir Majlis Aidilfitri KKLW

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di pekarangan bangunan KKLW di sini.

Perdana Menteri yang tiba pada 1.40 tengah hari disambut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sejurus tiba, Perdana Menteri bersalaman dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir serta meluangkan masa kira-kira setengah jam pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan timbalannya Datuk Jailani Johari, menteri-menteri kabinet seperti Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.


Pada majlis tersebut, Ismail Sabri turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak dari taska KKLW, 60 anak pelarian Syria dari Sekolah Jasmine As-Sham dan 100 anak yatim dari Raudhatul Al-Faeez, Gombak.

Ismail Sabri ketika ditemui pemberita pada majlis berkenaan berkata, kira-kira 8,000 tetamu hadir pada majlis hari raya kementeriannya yang bermula pada 11 pagi hingga 3 petang. – BERNAMA

Kategori