Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Luka Faisal Masih Belum...

SHAH ALAM : Luka pemain sayap Selangor FC (SFC), Faisal Halim susulan kecederaan...

Fasa Kedua RTC Sungai...

JASIN - Fasa Kedua Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai bernilai RM3...

Dewan Rakyat Luluskan Rang...

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 melalui undian...

Ulama Saudi Fatwa Haram...

RIYADH - Seorang ulama kanan Arab Saudi dilaporkan telah mengeluarkan fatwa pengharaman seseorang...

Pergerakan Anggota PDRM Perlis Dipantau

KANGAR – Pergerakan semua anggota  Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis yang sedang bertugas akan dipantau sepanjang masa menerusi pengaktifan penggunaan alat penghubung ‘walkie talkie’, kata Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias.

Beliau berkata ia bertujuan meningkatkan aringan komunikasi antara anggota dalam membanteras jenayah dan memastikan anggota tidak lalai sehingga berlaku kecuaian ketika bertugas selain

Katanya, pemantauan itu turut melibatkan semua agensi di bawah PDRM contohnya Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) bagi meningkatkan kecekapan pasukan dalam membanteras jenayah.

“Saya akan terapkan di Perlis agar walkie talkie diaktifkan dengan lebih berkesan agar ketua-ketua serta sesama anggota pasukan boleh dengar bagaimana mereka buat kerja,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perlis di sini. hari ini.

Menurutnya, kaedah tersebut yang diaplikasi ketika beliau berkhidmat sebagai ketua polis daerah di Shah Alam, Selangor dan Ipoh, Perak, terbukti berkesan dalam menyelesaikan banyak masalah jenayah termasuk ketika melakukan operasi lebih besar.

“Contohnya jika anggota sedang mengiringi OKT (Orang kena tuduh) dan OKT melarikan diri, apa tindakan atau arahan sesuai dengan situasi ketika itu kerana ada masa mereka (anggota) berdepan situasi tidak dijangka serta perlukan bimbingan ketua dan pasukan. 


“Dengan pengaktifan penggunaan walkie talkie ini saya yakin setiap pasukan akan memainkan peranan masing-masing dan akan lebih bersemangat buat kerja kerana mereka tahu yang ketua mereka juga ambil tahu dan bersama-sama mereka selesaikan operasi,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Azisman berkata PDRM Perlis akan memperhebat  pemantauan di seluruh kawasan sempadan bagi meningkatkan kawalan serta memerangi secara habis-habisan sebarang aktiviti jenayah.

“Saya akan tumpukan kepada masalah-masalah di bahagian sempadan selepas musim hari raya ini, di mana saya akan turun padang ke laluan tikus dan lubang-lubang haram yang wujud terutama di Wang Kelian,” katanya. – BERNAMA

Kategori