Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pasukan Keselamatan Dihantar Pantau...

KOTA KINABALU - Polis Diraja Malaysia telah menggerakkan anggota ke bahagian utara Sabah...

Mahathir Tak Tahu Video...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau tidak maklum akan...

Program ‘Rice & Roses’...

GEORGETOWN - Berkonsepkan aktiviti dapur jalanan, program 'Rice & Roses Pulau Pinang' membuat...

EPL: Pertemuan Dengan Everton...

LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers percaya pertembungan tetangga menentang Everton, esok memberi...

Perluaskan Tanaman Jagung Bijirin Untuk Ternakan

TEMERLOH – Tanaman jagung bijirin untuk makanan haiwan ternakan akan diperluaskan dalam usaha mengurangkan kebergantungan import terhadap bahan berkenaan, kata Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata Malaysia perlu mengambil inisiatif mengeluarkan sendiri makanan ternakan itu bagi menangani masalah kenaikan harga bahan itu di pasaran.

”Berdasarkan rekod, setiap tahun Malaysia mengimport RM3.2 billion makanan ternakan bagi memenuhi keperluan industri ternakan dan perikanan yang semakin berkembang di negara ini.

“Jumlah import besar itu dapat dikurangkan jika kita mampu mengeluarkan sendiri bahan makanan ternakan itu di dalam negara bagi menampung keperluan penternak dan ternak air,” katanya pada sidang berita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-36 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kawasan Temerloh di Dewan Tun Abdul Razak hari ini..

Menurutnya Malaysia tidak mempunyai masalah untuk mengeluarkan jagung bijirin untuk ternakan kerana tanah negara adalah sesuai dan subur untuk komoditi itu.


Secara tidak langsung juga, katanya, petani boleh memanfaatkan tanah terbiar dan bekas sawah dengan tanaman jagung kerana tanah sedia ada rendah dan subur.

“Kementerian akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk mengenal pasti kawasan terbiar yang boleh ditanam jagung secara besar-besaran.

“PPK boleh memain peranan di kawasan masing-masing untuk menyelaras tanaman berkenaan termasuk yang diusahakan oleh pekebun kecil,” katanya. – BERNAMA

Kategori