Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Akta Hasutan: Yakin Parti...

KUCHING - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal...

Mahathir Tolak Cabaran Debat...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak cabaran Ahli...

Jay Z Beri ‘Hint’...

DI kala khabar angin bertebaran mengatakan penyanyi Jay Z dan Beyonce bakal bercerai,...

Anak Melayu Ketuai Dapur...

SEOUL - Buat julung kali, anak Malaysia diberi penghormatan mengetuai penyediaan makanan halal...

Perut Koyak Akibat Pedas Burger Cili

NEW DELHI – Seorang lelaki menderita apabila lapisan dalaman perutnya terkoyak kerana terlalu taasub mahu memenangi pertandingan makan burger dianjurkan sebuah restoran.

Dalam kejadian itu, Garv Gupta memasuki pertandingan dianjurkan restoran di New Delhi itu yang menawarkan makan percuma selama sebulan kepada pemenang pertandingan makan burger cili di situ.

“Saya mengambil bahagian dalam pertandingan itu bersama beberapa rakan kerana mahukan hadiah yang ditawarkan.

“Saya memang menang, tetapi keesokannya saya muntah dengan kesan darah menyebabkan saya panik lalu terus menemui doktor.

“Rupanya burger cili yang saya makan menyebabkan luka di dalam perut. Lapisan dalam perut terkoyak dan bahagian itu terpaksa dibuang melalui pembedahan,” kata pelajar Universiti Delhi itu. – Agensi/myMetro Online

Kategori