Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kes Kematian Covid-19 Global...

KUALA LUMPUR - Jumlah kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19) di tiga negara iaitu...

“Sejak Bila Pula Khazanah...

PELIK... MCA pertikai kenyataan terbaharu Tun Dr. Mahathir Mohamad konon Khazanah Nasional Berhad...

“Anak Sakit Bukan Berita...

BERITA mengenai pelakon Puteri Balqis yang dikatakan mengidap kanser menjadi perhatian umum. Ibunya Norashikin...

Covid-19: Saringan Suhu Badan...

KUALA LUMPUR - Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas...

Pindah Kem Tentera Lama Dari Lokasi Tidak Sesuai

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang merancang untuk melakukan pembangunan semula kem tentera yang lama supaya lebih sesuai dengan peredaran zaman dengan menempatkan semula kem di lokasi yang lebih sesuai.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Johari Baharum berkata, sesetengah kem didapati tidak sesuai berada di lokasi sedia ada berikutan pembangunan di kawasan sekitarnya.

“Kalau kita tengok sesetengah kem kita memang tak sesuai dengan keadaan pembangunan sekarang seperti lapangan terbang di Kem Sungai Besi.

“Begitu juga Kem Batu Kentomen, kalau kita tengok tempat itu sudah jadi tempat komersial yang mana tidak lagi sesuai dan kita melakukan pemindahan kem-kem kita ini mengikut jadual,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai satu surat terbuka yang ditulis oleh bekas pegawai ATM yang tular di media sosial mendakwa kerajaan berhasrat menjual empat lokasi kem tentera di ibu negara dan Johor Bahru.


Johari berkata kementerian masih berusaha mencari lokasi baharu bagi pembangunan semula beberapa kem tentera di kawasan yang sesuai bagi memberikan manfaat kepada anggota tentera termasuk membina kuarters yang lebih selesa dan moden.

Majlis Aidilfitri di Wisma Perwira, ATM di sini itu berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 3,000 anggota dan pegawai tentera serta keluarga selain delegasi tentera luar negara.

Turut hadir ialah Panglima ATM, Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Darat, Jen. Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin. – BERNAMA

Kategori