Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Polis Sah Rizalman Bebas...

BERSIH... Polis mengesahkan hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap Ketua UMNO Bahagian...

Anzalna Rahsiakan Tarikh Nikah,...

PELAKON jelita Anzalna Nasir akhirnya mendedahkan bakal mengakhiri zaman solonya tidak lama lagi...

Erma Fatima – ‘Saya...

BUKAN sekali dua pengarah terkenal Erma Fatima diajukan soalan berkaitan rumahtangganya dengan Bade...

PM Denmark Hadiahkan Jokowi...

JAKARTA- Mengetahui bahawa Presiden Joko "Jokowi" Widodo adalah seorang penggemar muzik genre heavy...

Pinjaman PUNB Untuk Kembangkan Perniagaan

KOTA BHARU – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menggalakkan usahawan mendapatkan pinjaman yang disediakannya berjumlah RM200 juta pada tahun ini untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Pengerusi PUNB Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata perbadanan itu telah meluluskan pinjaman kira-kira RM130 juta kepada 400 usahawan di seluruh negara setakat Jun lepas.

“Mereka (usahawan) mengusahakan pelbagai kategori perniagaan seperti stesen minyak, kedai tekstil dan pakaian, k​​​​​​edai emas, restoran, serta kedai kosmetik dan kecantikan,” katanya kepada Bernama pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Alumni 4B Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Mohd Ali yang juga Presiden Alumni 4B berkata PUNB turut menggalakkan usahawan supaya menceburi bidang keusahawan berteknologi tinggi dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan yang mempunyai potensi pasaran besar.


Selain itu, beliau berkata PUNB akan menambah pegawainya di setiap negeri bagi memantau projek yang dilaksanakan oleh usahawan supaya berdaya maju.

“Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar, kita akan tambah pengawai pemantau bagi melihat dan membuat laporan berkaitan perkembangan usahawan terbabit,” katanya. – BERNAMA

Kategori