Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Poland Percaya Temui Kereta...

WALBRZYCH (Poland) - Pihak berkuasa Poland pada Jumaat membuat satu pengumuman yang mereka...

Mana Suara NGO Semasa...

Rata-rata rakyat Malaysia hari ini celik politik dan menyokong undang-undang antilompat parti diperkenalkan...

SIRIM Lantik Tiga Ahli...

KUALA LUMPUR - SIRIM Berhad (SIRIM) melantik Datuk Mohd. Nasir Ahmad, Datuk Dr....

Kesilapan Lalu Punca Dayana...

SUNGAI BULOH - Pelakon Dayana Roza berkata dia enggan lagi berkongsi mengenai kisah...

PKR Bertambah Kuat Tanpa PAS!

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertambah kuat sejak tidak bekerjasama dengan PAS.

Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat berkata, PKR kini mempunyai Pakatan Harapan.

“PKR bertambah kuat tanpa PAS. Pakatan Harapan akan pastikan PKR menang dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya di Facebook baru-baru ini.

Beliau mengulas ketegasan PAS untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh milik PKR.

Suhaizan dalam pada itu gembira kerana akhbar Sinar Harian telah memperakui Pakatan Harapan sebagai lawan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14.

“Akhirnya inilah pertembungan sebenar PRU14. Pakatan Harapan lawan BN. Telah diakui oleh Sinar Harian,” katanya.

Pakatan Harapan disertai empat parti pembangkang yang mengidamkan kuasa memerintah negara ini.


Parti terbabit adalah DAP, PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Bagaimanapun, Pakatan Harapan belum sah sebagai sebuah organisasi politik kerana tidak pernah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sejak dua tahun lalu

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan beliau sudah mengemukakan permohonan pendaftaran Pakatan Harapan kepada RoS secara atas talian baru-baru ini. -MYNEWSHUB.CC

Kategori