Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Melaka Catat 33 Calon...

MELAKA: Seramai 33 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 di negeri...

31 Kawasan Catat IPU...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 31 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana...

Suami Isteri Potong Kaki...

SEPASANG suami isteri telah didenda selepas didapati bersalah kerana melakukan kekejaman terhadap kucing...

Soalan KBAT ‘Jimmy Choo’...

SOALAN 'unik' yang ditanya di dalam kertas peperiksaan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi...

Platform Terbaik Bersemuka Dengan Dr Mahathir

KUALA NERUS – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi menyifatkan kesediaan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berdepan dengan sesiapa sahaja dari pihak kerajaan dalam forum ‘Nothing To Hide” merupakan satu penghargaan baginya.

Puad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata forum itu merupakan platform terbaik baginya bersemuka dengan bekas perdana menteri untuk merungkai pelbagai persoalan berkaitan isu politik  dan semasa.

“Saya difahamkan  Tun Dr Mahathir semalam bersetuju untuk berdebat dengan sesiapa sahaja dalam forum berkenaan. Ini satu peluang terbaik untuk saya bersemuka dengan beliau dalam satu forum.

“Jadi tidak, kami berbalas-balas kenyataan di dalam media sosial… saya pun banyak benda yang mahu dibangkitkan kepada beliau (Dr Mahathir),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Aidilfitri JASA Terengganu di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.


Puad sebelum ini menyatakan kesediaan beliau menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi berdepan dengan Dr Mahathir dalam forum anjuran Armada PPBM itu yang dijadualkan berlangsung Ogos depan. – BERNAMA

Kategori