Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Video: Dah Pangkat Datuk...

JIKA sebelum ini kita sering dihidangkan dengan video orang muda sering bergaduh di...

Peniaga Pasar Tukar Laman...

KUALA BERANG - Seorang peniaga pasar malam sanggup berhabis lebih RM3,000 untuk menukar...

Mangsa Banjir Terus Meningkat...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di beberapa buah negeri masih berada pada tahap...

SecureDrives: External Hardisk Dengan...

Masihkah anda ingat dengan siaran siri TV Mission Impossible?Pada awal setiap episod Jim...

PM Iraq Puji Kemenangan Di Mosul

PERDANA MENTERI Iraq, Haider al-Abadi melawat Mosul pada Ahad dan memuji tenteranya atas kemenangan paling besar terhadap Daish.

Menurut Jabatan Perdana Menteri, Abadi melawat Mosul untuk mengucapkan tahniah kepada anggota tenteranya.

Katanya, Abadi bertemu dengan komander di Mosul dan mengeluarkan perintah untuk mempertahankan kemenangan dan menewaskan sisa Daish serta mengekalkan keamanan dan kestabilan di bandar yang baru debebaskan itu.

Bagaimanapun, Abadi kemudiannya menyatakan bahawa dia hanya akan mengisytiharkan kemenangan sepenuhnya selepas rintangan terakhir ditumpas.

HAIDER (tengah) tiba di al-Tayaran, Mosul untuk bertemu dengan komander tentera. FOTO AFP
“Kemenangan adalah pasti dan sisa-sisa Daesh kini dikepong. Kami hanya menunggu masa untuk mengumumkan kemenangan besar kepada rakyat kita,” katanya.

Abadi berkata, dia menangguhkan pengisytiharan kemenangan sepenuhnya demi menghormati dan menghargai anggota tenteranya yang masih terbabit dalam operasi.


“Hanya tinggal satu atau dua sisa-sisa Daish dan kemenangan dalam tangan,” katanya.

Namun, kemengangan itu membawa bencana dengan kebanyakan bandar kedua Iraq itu musnah, ribuan penduduknya terkorban atau cedera dan hampir sejuta orang terpaksa melarikan diri.

Mosul adalah bandar terbesar di Iraq yang ditawan militan Daish yang pernah menguasai sebahagian besar negara itu pada 2014. – AFP/myMetro Online

Kategori