Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Video: Selamba Berak, Curi...

DAHLAH buang air dalam pasaraya, lepas tu dengan rasa tak bersalah boleh pulak...

13 RUU Diluluskan, Syabas...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan syabas kepada...

Zero Dah Pandai Berlagak,...

TIADA angin.. tiada ribut, tiba-tiba ada khabar angin mendakwa kononnya kumpulan Zero semakin...

Burger McDonald’s Edisi Khas...

MCDONALD'S memang sudah tidak asing lagi buat penggemar makanan segera di seluruh dunia. Kunci utama...

Polis Banteras 99 Peratus Kegiatan Judi Di P.Pinang

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang berhasil membanteras 99 peratus kegiatan judi tanpa lesen di negeri ini menerusi pelbagai operasi yang dijalankan sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata sejak Mac lalu dua operasi khas dilaksanakan bagi membanteras perjudian dalam talian serta mesin judi dan hasilnya sebanyak 215 serbuan berjaya dilakukan.

Beliau berkata dalam tempoh Januari hingga hari ini, pihaknya menahan 268 penjaga (pusat judi), 384 pemain serta merampas 448 simulator, mesin slot (633), komputer (119), tablet (19) dan empat telefon bimbit dipercayai digunakan untuk tujuan perjudian.

“Polis juga mengesan taktik baharu kegiatan judi iaitu dengan menggunakan tablet dan beroperasi di tempat-tempat terpencil seperti di pinggir hutan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pemantauan Aktiviti Perjudian bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pengusaha pusat hiburan keluarga (PHK).

Katanya, serbuan terhadap premis yang menjalankan kegiatan judi tanpa lesen bertambah rancak selepas mendapat arahan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu judi di Pulau Pinang dihapuskan.

Chuah berkata walaupun setakat ini beliau berpuas hati dengan pencapaian pihaknya memerangi kegiatan tidak bermoral itu, polis akan terus menggandakan usaha dan operasi bagi memastikan judi tanpa lesen dihapuskan sepenuhnya.


Dalam pada itu, Chuah berkata hasil mesyuarat pihaknya dengan PBT dan PHK hari ini, polis dan PBT bersetuju untuk bersama-sama memperhebat operasi dan melakukan serbuan mengejut ke premis-premis hiburan bagi memastikan setiap peraturan lesen dipatuhi.

“Tiada kompromi kepada PHK yang menjalankan kegiatan judi tanpa lesen, walaupun ada sebuah mesin judi dalam premis mereka, kita akan syor kepada PBT untuk tarik balik lesen operasi mereka,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 62 surat cadangan dikeluarkan kepada PBT untuk membatalkan lesen PHK yang melanggar peraturan dan menjalankan aktiviti judi.

Katanya tindakan memotong bekalan elektrik ke atas premis yang melakukan kegiatan judi juga akan dilakukan jika mereka masih enggan mematuhi arahan PBT. – BERNAMA

Kategori