Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Abdul Rahim Nafi Terlibat...

KOTA KINABALU - Anggota Parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri menafikan sekeras-sekerasnya laporan...

2 Kanak-Kanak Cedera Ditembak...

MICHIGAN - Dua kanak-kanak berusia tiga tahun cedera ditembak rakan mereka dengan pistol...

U.M.A.R Rangkum Kejayaan Pendidikan...

PUTRAJAYA - Siri kejayaan yang diraih universiti-universiti tempatan di peringkat antarabangsa dirumuskan Kementerian...

Penjaja Hina Nabi, Kematian...

KUALA LUMPUR - Kebiadaban seorang penjaja menghina kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd...

Polis Indonesia Sita Dadah Diseludup Kapal Asing

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia hari ini mengesahkan telah menahan tiga rakyat asing dan menembak mati seorang serta merampas satu tan metrik dadah dipercayai jenis syabu dalam operasi khas di kawasan berhampiran dermaga di Banten, kira-kira 100 kilometer dari sini semalam.

Lelaki yang mati itu dipercayai rakyat China dan dikenali sebagai Lin Ming Hui ditembak oleh pasukan khas polis ketika cuba melawan pasukan pihak berkuasa.

Pengarah Siasatan Dadah Polis Daerah Metro Jaya, Nico Afinta dipetik oleh media-media dalam talian sebagai berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan polis menahan dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) di sebuah kawasan tepi laut berhampiran dermaga berkenaan pada kira-kira pukul 5 petang semalam.

Beliau berkata bungkusan dadah itu dipercayai baru sahaja diangkat ke darat dari sebuah kapal dan dimasukkan ke dalam dua buah kenderaan pelbagai  guna (MPV).

Keempat-empat warga asing terbabit melarikan diri apabila mengetahui mereka dikepung polis dan seorang daripada mereka ditembak mati kerana cuba melanggar anggota polis dengan kenderaan berkenaan manakala dua lagi ditahan di kawasan berhampiran.

Seorang lagi melarikan diri dengan sebuah bas pelancongan tetapi polis dapat menahannya malam tadi setelah menerima maklumat daripada orang awam.


Nico  berkata setelah  menggeledah kedua-dua buah kenderaan itu, polis menemui lebih 50 kotak yang mengandungi  satu tan matrik  dadah jenis syabu.

Siasatan awal mendapati kesemua warga asing itu sebelum ini pernah bekerja dengan sebuah restoran makanan laut dan polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai jaringan pengedaran dadah itu.

Kerajaan Indonesia sejak tahun lepas mengisytiharkan untuk  memerangi dadah habis-habisan dan melaksanakan hukuman tembak sampai mati terhadap pengedar dadah di negara itu. – BERNAMA

Kategori