Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ada Niat Jahat Ganggu...

KUALA LUMPUR- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak menolak kemungkinan kegagalan rangkaian yang...

Dua Cip Pemproses A9...

PERANTI terbaru daripada apple, iaitu iPhone 6s dan 6s Plus kedua-duanya diperkasakan dengan...

Tiru Semangat Peneroka FELDA

Mungkin ada baiknya anak muda yang sering mengeluh sukar mencari kerja dan sukar...

Siti Bainun Diperintah Bela...

KUALA LUMPUR : Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali diperintah oleh Mahkamah...

Polis Minta Kerjasama Ibu Bapa, Sekolah Tangani Buli

GEORGE TOWN – Polis memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak terutama ibu bapa dalam menangani kes buli yang disifatkan semakin meruncing sejak kebelakangan ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata ibu bapa perlu memainkan peranan dengan melaporkan kepada pihak sekolah atau pihak berkuasa jika mempunyai maklumat mengenai kes buli bagi membolehkan tindakan segera diambil untuk membendung kejadian itu.

“Polis boleh melakukan pelbagai cara membasmi kegiatan buli dan gangsterisme dalam kalangan pelajar tetapi memerlukan kerjasama guru dan ibu bapa. Jika guru sendiri terbatas memberi maklumat disebabkan sikap ibu bapa, bagaimana kami mahu bertindak,” katanya selepas menyempurnakan Larian Obor Kuala Lumpur 2017 peringkat Pulau Pinang di sini hari ini.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa kes buli yang dilihat semakin meruncing harus dikendalikan polis berbanding pihak sekolah.

Chuah berkata pihaknya akan menggerakkan Pegawai Perhubungan Sekolah dalam kalangan polis yang ditugaskan di sekolah selain mengadakan mesyuarat berkala dengan jabatan pendidikan negeri bagi menangani masalah buli dan gangsterisme itu.


“Guru dan pentadbiran sekolah perlu melihat masalah ini secara holistik dan tidak mengabaikan aspek keselamatan kerana mereka boleh diancam kumpulan-kumpulan gangster yang bukan sahaja terdiri daripada pelajar sekolah,” katanya.

Beliau berkata polis mempunya mekanisme dalam menangani masalah buli dan gangsterisme dalam kalangan pelajar namun memerlukan kerjasama pelbagai pihak terutama pihak sekolah dan ibu bapa.

“Maklumkan kepada pihak bertanggungjawab segera dan kita akan siasat penglibatan pelajar berkenaan dalam kumpulan gangster dan jika betul, mereka akan dihukum mengikut kesalahan juvana,” katanya. – BERNAMA

Kategori