Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Zizan Razak Nasihat Artis...

PELAWAK dan pelakon, Zizan Razak, 32, menasihatkan barisan artis baharu agar memberikan kerjasama...

7 Merusuh Semasa Pemilihan...

SHAH ALAM – Polis menahan tujuh individu bagi bantu siasatan kejadian merusuh semasa...

Beri Kebebasan Pada Mueller...

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Malaysia Airlines (MAS), Christoph Mueller sewajarnya...

Lelaki Klon Anjing Miliknya...

TUAH anjing jalanan yang diselamatkannya, seorang lelaki menjana pendapatan lumayan apabila haiwan itu...

Polis Rebah Depan Keluarga Masa Nak Keluar Duit Di ATM

KULIM – Seorang anggota polis meninggal akibat serangan jantung ketika mahu mengeluarkan wang dari Mesin Juruwang Automatik (ATM) di Jalan Tunku Putra, di sini malam Isnin.

Dalam kejadian 8.45 malam itu, Lans Koperal Mohd. Ashri Abu Hassan yang bertugas di Balai Polis Kulim Hi-Tech tiba-tiba rebah ketika berjalan menuju ke mesin ATM bank terbabit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar ketika dihubungi media berkata, mangsa yang berusia 46 tahun itu bersama-sama dengan isteri serta seorang anak lelaki menaiki kereta ke pekan Kulim.

Kata beliau, apabila tiba di hadapan bank berkenaan, allahyarham Mohd. Ashri meletakkan kenderaannya bersebelahan dengan bank terbabit sebelum keluar untuk ke sebuah mesin ATM.

“Ketika sedang berjalan, mangsa secara tiba-tiba rebah dan orang ramai yang kebetulan melihat kejadian itu kemudian bergegas menghubungi pihak ambulans Hospital Kulim (HK) untuk bantuan.

“Kakitangan perubatan yang memeriksa bagaimanapun mengesahkan mangsa sudah pun meninggal dunia di tempat kejadian. Jenazah allahyarham kemudian dihantar ke Bilik Forensik HK.


“Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa maut akibat serangan jantung,” kata Ahmad Nasir. Beliau berkata, difahamkan ketika berada di dalam kereta mangsa mengadu sakit kepala kepada isterinya.

Katanya, jenazah mangsa kemudian dituntut oleh ahli keluarganya dan allahyarham bakal dikebumikan di Kampung Sedaka Tengah, Yan dekat sini pada Selasa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori