Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

JDT Lawan Persahabatan Dengan...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan...

KDNK Malaysia Antara Terbaik...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani hari ini menegaskan...

MCA Kemuka Calon Baharu,...

KUALA LUMPUR : MCA akan mencadangkan muka baharu daripada kelompok muda untuk dipertimbangkan...

Sultan Nazrin Shah Rasmi...

BAGAN SERAI - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini merasmikan Masjid Ar-Ridzuan,...

Polis Sibu Serbu Premis Sembelih, Jual Daging Anjing

SIBU – Polis Sibu menahan seorang pengusaha gerai makanan selepas menyerbu sebuah premis menyembelih serta menjual daging anjing di Lorong Rambutan di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahari Abdullah berkata, lelaki berumur 54 tahun itu yang juga pemilik premis terbabit ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan menyembelih dan menjual daging anjing.

Turut dirampas dua ketul daging anjing.

Menurut beliau, suspek mengaku terlibat dalam kegiatan tersebut dan akan direman untuk siasatan lanjut.

Turut serta dalam serbuan tersebut pegawai-pegawai daripada Jabatan Veteriner Sibu dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).


Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dalam satu kenyataan semalam, mengesahkan terdapat satu lagi kes baru rabies dari Kampung Ampungan, Serian selepas melalui ujian makmal dan menjadikan empat kes dicatatkan di negeri ini.

Dua kanak-kanak meninggal dunia kerana penyakit itu manakala seorang lagi dilaporkan masih kritikal dan tenat di Hospital Umum Sarawak. – BERNAMA

Kategori