Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Agensi Pelancongan China Giat...

TELUK INTAN - Agensi pelancongan dan pengembaraan di China kini giat merangka pakej...

Saya Dah Lama Jadi...

KUALA LUMPUR - Bekas ahli majlis tertinggi UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar,...

Inkues Adib: Sepucuk Surat...

SHAH ALAM - Tindakan peguam Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Syazlin Mansor yang...

Twitter Gantung Terus Akaun...

TERKINI :Twitter gantung terus akaun Presiden Donald Trump atas kebimbangan ia akan menjadi pencetus lebih banyak keganasan.Ia dikatakan mencabuli polisi Intigriti Sivik Twitter.Akaun dengan 88 juta pengikut itu asalnya digantung selama 12 jam pada hari Rabu.Trump didakwa menggunakan platform media sosial itu untuk mengecam Naib Presiden, Mike Pence ketika penyokongnya menyerbu Capitol.

Polis Tambah Kekuatan Anggota Di ESSZone

TAWAU – Polis Sabah menambah kekuatan anggotanya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) bagi mengekang anasir subversif atau kemasukan penjenayah rentas sempadan yang ingin bersembunyi di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata penambahan itu antara langkah awal berjaga-jaga terhadap segala kemungkinan jenayah yang boleh berlaku di Sabah khususnya ESSZone

“Ini termasuk mengekang limpahan kumpulan militan dari Marawi yang ingin masuk ke kawasan kita,” katanya hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas penyerahan sumbangan beras kepada Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Alijus Sipil untuk mangsa kebakaran baru-baru ini di Kampung Hidayat, Batu 4 Jalan Apas di sini.

Dalam pada itu, Ramli berkata pihaknya turut berjaga-jaga terhadap kemungkinan Ketua Abu Sayyaf Isnilon Hapilon melarikan diri dari Marawi dan bersembunyi di negeri ini.


“Dari sudut pencegahan, operasi dan risikan mengenai perkara ini telah ditingkatkan dan setakat ini tiada maklumat mengenai kemasukan Isnilon,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau tidak menafikan terdapat sebilangan suspek Daesh telah ditahan di Sabah, namun tidak memberitahu jumlahnya secara tepat. – BERNAMA

Kategori