Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

TH Lantik Johan Sebagai...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji melantik Datuk Johan Abdullah sebagai Pengarah Urusan...

“Mereka Bagaikan Anak Angkat...

TRAGEDI kebakaran yang telah menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam benar-benar meninggalkan...

Wanita Antara 37 PATI...

KUALA KANGSAR - Seorang wanita antara 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan...

Orang Ramai Diminta Tidak...

BATU PAHAT - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hari ini menasihati orang ramai...

‘Dicabul’: Poster Awek Shell Tiada Lagi Di Stesen Minyak

SUSULAN kontroversi poster gadis Shell ‘dicabul’, pihak pengurusan Shell akhirnya mengambil keputusan untuk menarik balik semua papan poster tersebut daripada ditayangkan di semua rangkaian stesen minyaknya di seluruh negara, berkuat kuasa sejak semalam.

Shell dalam satu kenyataan berkata ia tidak akan membiarkan tindakan kurang sopan itu, yang jelas bertentangan dengan nilai teras syarikat itu dan budaya rakyat Malaysia.

“Kami menggesa semua orang ramai dan netizen supaya tidak lagi berkongsi imej-imej ini. Papan poster ini akan ditarik balik dari semua stesen minyak kami berkuat kuasa serta merta,” tulis kenyataan tersebut.

Baca: Gadis Air Mineral Shell Kesal ‘Diraba’ Dalam Poster

Sebelum ini heboh mengenai aksi kurang sopan beberapa orang lelaki yang memegang bahagian alat sulit dan payudara model Shell tersebut yang dikenali sebagai Nor Shafila Khairusalleh, 25.

Walaupun ia hanya sebuah papan poster, namun rata-rata netizen berpendapat tindakan sedemikian adalah sangat kurang sopan dan ada juga yang menggelarkan individu beraksi lucah itu adalah seorang gila seks. – MYNEWSHUB.CC

Kategori