Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Diskaun Bil Elektrik Antara...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) menambah peruntukan sebanyak RM530...

Rentas Negeri Sambut Aidilfitri,...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada membenarkan rentas negeri untuk pulang ke kampung...

Nekmat Diminta Rancang Stok...

PUTRAJAYA - Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan persatuan nelayan lain diminta untuk memulakan...

myPBA Mudahkan Pengguna Bayar...

GEORGE TOWN - Warga Pulau Pinang kini boleh menggunakan telefon pintar atau tablet...

PPBM Biadab Kecoh Di PWTC Konon Mahu Jemput PM

JIKA dahulu, DAP terpaksa ‘mempergunakan’ Pemuda PAS untuk membuat perhimpunan kecoh, namun kali ini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula dijadikan ‘kuda tunggangan’ mereka!

Terkini, sekumpulan anggota sayap Armada parti kecil pembangkang itu berlagak samseng datang ke ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara walaupun kedatangan mereka tidak dialu-alukan.

Mereka kononnya mahu menjemput Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 padahal apa yang berlaku kumpulan itu sengaja menimbulkan kekecohan.

Justeru, berlaku suasana bising apabila mereka berjaya dihalang oleh sekumpulan Pemuda UMNO yang melihat tindakan provokasi liar belia PPBM tersebut sebagai cubaan nekad untuk bersikap biadap dan tidak profesional.

Terdahulu kira-kira 30 anggota Armada pada awalnya berarak dari pusat beli-belah Sunway Putra menuju ke PWTC konon bagi menyampaikan jemputan secara kurang ajar kepada Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Ia kononnya untuk menghantar pelawaan berdebat dengan Pengerusi PPBM yang juga Pengerusi Pakatan Harapan tetapi belum lagi disahkan jawatan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Namun kehadiran mereka kira-kira jam 2 petang itu sempat dihalang oleh kira-kira 100 Pemuda UMNO sehingga menyebabkan berlaku adegan tolak-menolak antara dua kumpulan itu sebelum pihak polis terpaksa campur tangan.


Dalam insiden tersebut, Ketua Penerangan Armada, Ashraf Mustaqim mendakwa konon dia turut ditumbuk. Setakat ini, tidak jelas apakah tindakan berbaur matlamat menghalalkan cara oleh PPBM itu berjaya mencapai objektif.

Untuk rekod, sepanjang 22 tahun Mahathir pernah menjadi perdana menteri yang keempat, belum pernah beliau berdebat dengan pemimpin pembangkang waima diasak berulang kali atas pelbagai kes skandal korupsi mega.

Bagaimanapun, insiden kekecohan dicetuskan PPBM di pekarangan ibu pejabat UMNO membuktikan parti pembangkang kerdil itu semakin biadab meskipun belum memerintah Malaysia. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori