Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Fesyen ‘Sampah’ Bakal Jadi...

LONDON – Topi beg plastik, bakal menjadi fesyen hangat untuk musim luruh dan...

Yakin Cipta Kejutan Menentang...

KUALA LUMPUR - Ketua pasukan hoki wanita kebangsaan, Siti Noor Amarina Ruhani yakin...

Anak Muammar Gaddafi Dituduh...

TROPOLI - Anak Muammar Gaddafi, pemimpin Libya yang digulingkan hadir di mahkamah di...

Sultan Selangor Rasmi Masjid...

RAWANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid...

PPS Baharu Untuk Mangsa Kebakaran Kampung Hidayat

TAWAU – Pusat penempatan sementara (PPS) baharu akan didirikan hari ini di hujung kampung di Kampung Hidayat, Batu 4 Jalan Apas di sini, sebagai penempatan semula mangsa kebakaran baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Alijus Sipil berkata pembukaan pusat itu turut diselaraskan dengan anggaran 50 khemah hasil sumbangan ihsan Kementerian Pertahanan (Mindef) melalui Tentera Darat Malaysia (TDM) akan didirikan di tanah seluas 0.8 hektar itu.

“Kita sebenarnya telah mengisytiharkan pusat penempatan sementara mangsa kebakaran KampungHidayat ini di Batu 2, Jalan Apas namun hingga hari ini belum ada keluarga mangsa kebakaran dari kampung ini berpindah ke sana.

“Ini mungkin disebabkan jarak yang jauh dan mereka mempunyai saudara-mara di kawasan ini jadi kerajaan negeri sedang memperkemas tapak baharu di hujung perkampungan ini hari ini untuk penempatan mangsa yang terlibat,’’ katanya.

Beliau merangkap Presiden Majlis Perbandaran Tawau ditemui pemberita selepas menyaksikan penyerahan khemah oleh TDM yang diwakili Timbalan Panglima 13 Briged (ESSCOM) Kolonel Abd Aziz Ismail kepada Jawatankuasa Sekretariat Bantuan Bencana Alam Daerah.


Alijus berkata, hanya mangsa kebakaran yang sangat memerlukan akan ditempatkan di khemah yang dijangka siap pemasangannya hari ini.

Sementara itu, Abd Aziz berkata 30 anggota tentera dari Kem Kukusan di sini terlibat membantu mangsakebakaran tersebut, iaitu 10 anggota terlibat menyediakan makanan, manakala 20 anggota lagi memasang khemah sementara.

Pada Sabtu lalu, sebanyak 261 rumah setinggan atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Hidayat, Batu 2, Jalan Apas dan mengakibatkan 1,960 mangsa yang terdiri daripada 1,141 warganegara dan 819 bukan warganegara tinggal sehelai sepinggang. – BERNAMA

Kategori