Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kanak-Kanak Lemas Di Kunci...

MACHANG - Hasrat enam beranak untuk kembali ke ibu kota malam tadi terpaksa...

Barcelona Saman Neymar RM43...

BARCELONA nampaknya masih belum lagi melupakan 'dendam' terhadap bekas pemain antarabangsanya dari Brazil,...

140 Juadah Ditawar Hotel...

SEBANYAK 140 juadah beraneka jenis ditawarkan oleh Hotel MITC di Ayer Keroh kepada...

Ahmad Zahid Nafi Rasis...

KUCHING - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan kononnya...

Presiden Moon Harap Reaksi Positif Korea Utara

SEOUL – Presiden Korea Selatan Moon Jae-in berharap Korea Utara akan memberi reaksi positif terhadap inisiatif perdamaian yang dicadangkan beliau ketika berada di Jerman minggu lalu.

Menurut agensi berita Xinhua, Moon mempengerusikan mesyuarat kabinet pada hari Isnin, mesyuarat kabinet yang pertama selepas sekembalinya beliau daripada menghadiri Sidang Kemuncak G20.

Semasa berada di Berlin, Moon mencadangkan Inisiatif Keamanan Semenanjung Korea untuk menjelaskan hala tuju dan dasar pentadbirannya dalam mewujudkan keamanan yang berkekalan di rantau itu.

Inisiatif itu bertujuan mewujudkan Semenanjung Korea sebagai kawasan bebas senjata nuklear, selain meneruskan semula dialog dengan negara jirannya itu bertujuan menghapuskan senjata nuklear.


Ia juga bertujuan mewujudkan perdamaian berkekalan di Semenanjung Korea untuk menamatkan genjatan senjata yang masih berlarutan sejak Perang Korea 1950-1953.

Secara teknikalnya, kedua-dua negara di Semenanjung Korea itu masih lagi berada dalam keadaan perang memandangkan ia berakhir dengan genjatan senjata dan bukannya perjanjian damai. – BERNAMA

Kategori