Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Hukuman Sebat, Denda Tinggi...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencadangkan kepada kerajaan untuk meminda Akta...

Kereta Bertembung Kenderaan Lawan...

BUTTERWORTH - Suami isteri parah selepas kenderaan dinaiki tiga beranak bertembung dengan kereta...

Kegilaan `Cabaran Garam Dan...

HATI-HATI ibu bapa. Sekarang ini terdapat kegilaan baru di media sosial di mana...

Safee Sali Dikritik Muat...

Cerita tentang kemenangan pasukan Harimau Malaya pada perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki...

Presiden RFEF, Anak Lelaki Ditahan Kes Rasuah

MADRID – Presiden Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) Angel Maria Villar dan anak lelakinya Gorka hari ini ditahan pihak berkuasa negara itu bagi membantu siasatan kes melibatkan rasuah, lapor agensi betita Xinhua.

Menurut laporan media Sepanyol, Villar yang baharu sahaja dipilih semula sebagai presiden RFEF bagi penggal kelapan, ditahan bagi membantu siasatan kes pemalsuan dokumen, rasuah antara individu, dan penyelewengan dana yang berkaitan dengan organisasi bagi perlawanan antarabangsa.

Selain itu, Naib Presiden Ekonomi RFER Juan Padron juga turut ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut laporan, pegawai penyiasat dilihat menggeledah dan mendaftar dokumen yang terdapat dalam pejabat tersebut.


Villar turut memangku jawatan Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dalam tempoh di antara Oktober 2015 hingga September 2016 susulan penggantungan Michel Platini yang turut didakwa terlibat dalam kes rasuah.

Selain itu, Villar turut memegang jawatan Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) walaupun beliau pernah dikenakan denda sebanyak US$26,000 dan diberi amaran oleh Jawatankuasa Etika FIFA pada 2015 kerana gagal memberi kerjasama dalam siasatan berkaitan proses pembidaan final Piala Dunia 2018. – BERNAMA

Kategori